SHAH ALAM: Seorang pembantu tadbir pejabat daerah dan tanah sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan memalsukan dokumen dan memperdaya bagi pengurusan tanah keseluruhan berjumlah RM7,260 pada 2022.
Bagaimanapun Noor Aliza Hamin, 46, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.
Bagi pertuduhan pertama, Noor Aliza didakwa menggunakan suatu dokumen sebagai tulen iaitu Tuntutan Bagi Penyediaan Pelan Untuk Tujuan Pecah Tanah bagi urusan pecah tanah di daerah Sabak Bernam, Selangor milik seorang penama wanita berusia 41 tahun bernilai RM3,700 pada 30 Mei 2022.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa mengguna dan memberikan dua salinan Pembayaran Pejabat Tanah Sabak Bernam, Hasil Tanah 2022 palsu secara berasingan kepada penama wanita sama pada 28 Sept 2022.
Kesemua kesalahan berkenaan didakwa dilakukan di kediamannya di daerah Sungai Besar, Selangor.
Bagi pertuduhan keempat, Noor Aliza didakwa menipu lelaki berusia 33 tahun sehingga mendorongnya menyerahkan wang RM3,560 sebagai bayaran proses kelulusan pecah bahagian tanah di sebuah bank di Sungai Besar pada 12 April 2022.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali dan Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, melaporkan diri di Pejabat SPRM Kuala Selangor dan tidak mengganggu saksi pendakwaan serta menetapkan sebutan semula kes pada 30 Julai ini.
Terdahulu Noor Aliza memohon mahkamah mengenakan jaminan sama seperti kes sebelum ini dengan alasan menanggung hutang bekas suami selain perlu menjalani pembedahan penyakit fibroid.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd Alimi Mustapha.
Pada 26 Jun lepas, Noor Aliza mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM7,880 membabitkan urusan permohonan pecah bahagian tanah, dua tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 10 2024

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Mohd Alimi Mustapha. - Gambar Sinar Harian

Vietnam mulakan pembinaan landasan kereta api laju utara-selatan menjelang 2026
Kerajaan Vietnam menetapkan tarikh akhir bagi majlis pecah tanah projek landasan kereta api berkelajuan tinggi utara-selatan selewat-lewatnya pada 31 Dis 2026, lapor Xinhua.
AWANI Ringkas: Jalur Gemiang: KPM mohon maaf atas kecuaian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

India gantung perjanjian perkongsian air dengan Pakistan susulan ketegangan di Kashmir
India pada Rabu menggantung perjanjian air yang berlangsung selama beberapa dekad dengan negara jirannya, Pakistan.

Kes hasutan: Mahkamah benar rayuan Chegu Bard batal 'gag order'
Panel hakim mendapati bahawa perintah larangan bersuara tidak diperlukan dan merujuk kepada kes Papagomo sebagai rujukan.

Pameran Semangat ASEAN imbas sejarah penubuhan, ketengah kebersamaan serantau
Pelbagai koleksi sejarah pembentukan ASEAN dari tahun 1967 hingga 1976 berjaya diiktiraf di bawah Daftar Warisan Dunia UNESCO.

Empat termasuk seorang wanita didakwa membunuh
Tiga lelaki dan seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Sentul, minggu lepas.

PM Anwar ucap tahniah kepada pelajar cemerlang SPM 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2024.

ISS diselaras ke altitud baharu
Pelarasan itu meningkatkan ketinggian purata orbit stesen kepada hampir 419 kilometer dari permukaan Bumi.

Malaysia negara pengeksport barangan teknologi tinggi kesembilan terbesar dunia pada 2023
Malaysia berjaya mengekalkan tempat kesembilan daripada 143 buah negara sebagai pengeksport barangan teknologi tinggi terbesar di dunia pada 2023.
Kenyataan berhubung KDNK akan diumum kelak - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengeluarkan satu kenyataan penuh berkaitan unjuran KDNK negara tidak lama lagi.

Siasatan terhadap ibu bapa Zayn Rayyan bukan sambil lewa - Pegawai penyiasat
Seorang pegawai penyiasat dalam kes Allahyarham Zayn Rayyan memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa siasatan terhadap ibu bapa kanak-kanak autistik itu tidak dibuat sambil lewa.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 22 April 2025.

Kesan darah di dalam bilik adalah milik Zayn Rayyan - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa kesan darah di dalam bilik rumah yang didiami Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin adalah milik kanak-kanak autistik berkenaan.

Jurulatih perunding insurans kekal bebas tuduhan tipu, pengubahan wang haram RM1.8 juta
Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan membebaskan seorang jurulatih perunding insurans daripada satu pertuduhan menipu dan 25 pertuduhan pengubahan wang haram.

Kes Zayn Rayyan: Ada arahan 'pihak atasan' tidak bekalkan minit prosiding reman - Peguam
Pasukan pembelaan akan meminta penjelasan daripada Mahkamah Majistret di sini berkenaan permohonan bagi mendapatkan carian minit prosiding.

Kes Zayn Rayyan: CCTV rakam 'mangsa dalam longkang', 'saksi berlari'
Mahkamah diberitahu bahawa terdapat rakaman CCTV yang merakam kelibat seorang kanak-kanak yang dipercayai mangsa iaitu Allahyarham Zayn Rayyan.

Pemandu lori didakwa miliki hampir 4,000 liter diesel tanpa kebenaran di Pasir Puteh
Seorang pemandu lori dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan memiliki 3,399 liter minyak diesel tanpa kebenaran yang sah di sebuah premis di Pasir Puteh pada Februari lepas.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 27 Mac 2025.

Jurujual kereta didakwa bantu sembunyi wang lebih RM900,000
Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pengarah urusan mengaku tidak bersalah guna resit Imigresen palsu
Seorang pengarah urusan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan menggunakan resit Jabatan Imigresen Malaysia palsu, dua tahun lepas.