KUALA LUMPUR: Pembelian bangunan pejabat enam tingkat oleh Lembaga Tabung Haji (TH) di London yang dimuktamadkan pada 12 Julai lepas dijangka akan memberikan pulangan yang baik sekali gus melindungi kepentingan serta memberi nilai tambah kepada pendepositnya.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata pembelian itu yang merupakan pelaburan keenam TH di United Kingdom (UK) dijangka akan memberikan pulangan yang stabil membabitkan purata pulangan atas tunai dianggarkan sebanyak lima peratus setiap tahun.
"TH menerusi anak syarikat juga akan melaksanakan pembiayaan semula bagi mengurangkan modal tunai ke atas hartanah tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya lagi, hartanah itu yang terletak di kawasan strategik di tengah-tengah kota London, berstatus pemilikan kekal dan disewa oleh Kementerian Pengangkutan UK untuk tempoh lebih 11 tahun.
Justeru, beliau menjelaskan pembelian hartanah itu banyak memberi kelebihan dari segi kontrak sewaan yang panjang tidak boleh batal serta kadar sewaan yang meningkat setiap tahun, sekali gus menjangkakan nilai hartanah itu akan terus meningkat.
"Nilai hartanah itu turut dijangka akan terus meningkat disebabkan kadar sewa meningkat setiap tahun, lokasi yang strategik serta permintaan yang melebihi bekalan untuk aset berprofil tinggi di bandar raya London yang merupakan pusat kewangan terbesar dan antara destinasi pelaburan hartanah yang utama di dunia.
TH juga tidak perlu mengeluarkan modal kos penyelenggaraan bangunan memandangkan segala kos penyelenggaraan ditanggung sepenuhnya oleh penyewa iaitu Kementerian Pengangkutan UK," katanya.
Kenyataan itu turut memaklumkan, UK juga telah diberi kedudukan tertinggi dalam Global Real Estate Transparency Index, 2022 sebagai negara paling telus di dalam hartanah yang menarik ramai pelabur asing seluruh dunia.
Dalam pada itu, Amrin menambah bangunan pejabat setinggi enam tingkat dan berkeluasan 179,869 meter persegi yang dikenali sebagai Great Minster, 33 Horseferry Road, Victoria itu dibeli di bawah nilai pasaran berdasarkan penilaian jurunilai profesional bebas.
"Bangunan itu yang menempatkan Kementerian Pengangkutan UK di kota raya London bernilai GBP247.5 juta (kira-kira RM1.3 bilion) pada 12 Julai lalu dibeli bawah nilai pasaran.
"Hartanah tersebut dibeli di bawah nilai pasaran semasa GBP250 juta berdasarkan penilaian oleh dua jurunilai profesional bebas, CBRE dan Colliers," katanya.
Amrin menambah pelaburan itu merupakan penyusunan semula portfolio hartanah TH melibatkan hasil penjualan hartanah sedia ada digunakan untuk pelaburan baharu yang memberikan pulangan lebih baik.
"Pelaburan TH adalah selaras dengan tahap risiko yang ditetapkan dan mengikut lokasi strategi aset bagi mencapai portfolio yang seimbang dan kepelbagaian risiko untuk memperolehi kadar pulangan yang stabil dan mampan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 23 2022
AMRIN: TH menerusi anak syarikat juga akan melaksanakan pembiayaan semula bagi mengurangkan modal tunai ke atas hartanah tersebut. - Gambar fail/BERNAMA
Sektor perladangan digesa tingkat penggunaan teknologi, elak penebangan hutan
Perladangan antara sektor terbesar yang menyumbang kepada ekonomi negara dan Perdana Menteri mahu melihat ia memenuhi beberapa aspek.
Sivasangari, Eain Yow mara pusingan kedua Kejohanan Skuasy Dunia
Atlet kelahiran Kedah itu tidak berdepan masalah untuk mara selepas mengetepikan wakil Latvia Ineta Hopton 11-6,11-8,11-8.
PM Anwar hulur sumbangan kepada Daddy Rock
Perdana Menteri berkata Shahrol Asikin yang mengalami masalah komplikasi jantung akan menjalani prosedur pembedahan jantung bulan depan.
Larian hari pertama obor Olimpik di Perancis selesai, Drogba nyalakan kawah
Basile Boli menjadi pembawa obor pertama, memulakan larian dari Basilika Notre-Dame de la Garde yang ikonik.
Mahkamah Agung India bebaskan Ketua Menteri Delhi dengan jaminan sementara
Kejriwal ditahan Direktorat Penguatkuasaan pada 21 Mac berkaitan siasatan rasuah yang melibatkan dasar penjualan alkohol di Delhi.
PM Anwar seru Sime Darby Plantation jadi pelopor kurangkan kebergantungan buruh asing
Anwar berkata pendekatan dan kemajuan teknologi yang digunakan Sime Darby Plantation, disasarkan menjadi contoh kepada pekebun-pekebun kecil.
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Pembelian bangunan di London dijangka beri pulangan yang baik - TH
Ia dijangka akan memberikan pulangan yang baik sekali gus melindungi kepentingan serta memberi nilai tambah kepada pendepositnya.