KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperdaya dua wanita dalam urusan pembelian barangan berjenama mewah antaranya beg tangan Hermes, jam tangan Rolex dan kasut Chanel berjumlah RM1,267,810.
Kee Cel Ghen, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus dan Datin Sabariah Othman.
Dia didakwa menipu seorang wanita berusia 25 tahun dalam urusan mendapatkan 32 jenis barangan berjenama mewah sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM312,300 dan mangsa tidak akan berbuat demikian jika mengetahui tidak akan memperoleh barangan tersebut.
Kee didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Jalan 11/17, Taman Fadason di sini antara 6 Mei hingga 18 Julai 2023.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan hukuman penjara minimum setahun maksimum 10 tahun serta sebatan dan dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Ibu dua anak itu juga didakwa melakukan kesalahan serupa terhadap seorang lagi wanita berusia 30 tahun dalam urusan mendapatkan 77 jenis barangan mewah sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM916,920.
Kee didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Jalan Udang Rawa Taman Sri Segambut antara 2 Mei hingga 9 Julai 2023 mengikut seksyen sama.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Amir Hanif Ahijman dan Raihanah Abd Razak masing-masing menawarkan jaminan sebanyak RM35,000 dan RM200,000 bagi kedua-dua pertuduhan.
Peguam Syawal Razak dan Muhammad Razman Sahat pula merayu jumlah jaminan rendah atas alasan tertuduh perlu menanggung ibu bapanya yang uzur serta tidak mempunyai pekerjaan tetap.
Kedua-dua mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM70,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Feb untuk serahan dokumen.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2024
Kee Cel Ghen dituduh memperdaya dua wanita dalam urusan pembelian barangan berjenama mewah antaranya beg tangan Hermes, jam tangan Rolex dan kasut Chanel berjumlah RM1,267,810. - Foto Bernama
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Pemuda dipenjara lapan tahun sebabkan kematian bayi teman wanita
Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi lelaki yang baru dilahirkan teman wanitanya.
Hapuskan terus Jemaah Islamiyah
Bersama ditalian, Prof Dato Dr Muhammad Nu Manuty Pengerusi IKIM.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
Pembelian barangan berjenama mewah: Suri rumah didakwa tipu dua wanita lebih RM1.2 juta
Seorang suri rumah dituduh memperdaya dua wanita dalam urusan pembelian barangan berjenama mewah berjumlah RM1,267,810.