Johor sedang menunggu keputusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk melaksanakan pembenihan awan bagi menghasilkan hujan.

Ia ekoran tiga empangan di negeri itu berada dibawah paras menghampiri kritikal ekoran cuaca panas ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, keputusan permohonan itu dijangka akan diketahui minggu ini.

Katanya tiga empangan iaitu Empangan Sembrong Kiri di Kluang, Empangan Machap dan Empangan Bekok di Segamat yang terus mencatatkan penyusutan paras air.

Malah jumlah air di Empangan Sembrong Kiri hanya mampu bertahan selama dua minggu jika cuaca panas terus berlarutan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Pra Pelancaran RTC Johor, di sini pada Ahad.