KUALA LUMPUR: Pembentukan kerajaan yang baharu seharusnya berprinsipkan kepada lima asas Rukun Negara yang mengandungi teras dalam mengekalkan keharmonian dan keamanan di negara ini.
Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye berkata selain memfokuskan isu ekonomi, kos sara hidup dan rasuah seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pembentukan kerajaan juga perlu mementingkan asas perpaduan.
"Ini kerana untuk menjadi sebuah negara yang kuat dan stabil, paling penting rakyat mesti ada perpaduan. Apabila perpaduan dalam kalangan rakyat kukuh, sudah pasti sesebuah negara itu akan membangun ke tahap yang cemerlang," katanya kepada Bernama hari ini.
Lee berkata apabila menyebut tentang perpaduan, perkara itu mesti kembali kepada asas iaitu Rukun Negara dan berharap prinsip-prinsip itu menjadi panduan dalam membentuk kerajaan baharu nanti.
"Kalau kita berpegang teguh prinsip Rukun Negara, saya anggap itu sebagai pendekatan paling baik dan betul ke arah dalam membentuk kerajaan perpaduan yang kukuh dan boleh berusaha kepada arah keharmonian negara," katanya kepada Bernama hari ini.
Dalam pada itu, Lee berkata rakyat juga perlu menghayati Rukun Negara bagi melahirkan seorang warganegara Malaysia yang cemerlang.
"Kita tidak boleh melupakan kepentingan lima matlamat yang terkandung dalam teks penuh Rukun Negara yang meletakkan mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan warganegara sebagai matlamat yang pertama," katanya.
Menurut Lee, sekiranya rakyat Malaysia menghayati matlamat dan prinsip berkenaan, sudah pasti ia akan mampu melahirkan masyarakat yang menjiwai semangat kewarganegaraan Malaysia yang sepenuhnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 29 2022

Tan Sri Lee Lam Thye berkata selain memfokuskan isu ekonomi, kos sara hidup dan rasuah seperti yang dimaklumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, pembentukan kerajaan juga perlu mementingkan asas perpaduan. - Gambar fail/BERNAMA

Mangsa banjir di Sabah menurun, Johor meningkat, Pahang kekal
JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di Pitas dan Lahad Datu dijangka kekal, manakala di Paitan mungkin menurun hari ini.

PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Singapura esok
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, lawatan itu atas jemputan rakan sejawatannya, Lee Hsien Long.

Pas akan bincang tarikh PRN dengan pimpinan tiga negeri dikuasai PH
Setakat ini pihaknya belum memutuskan tarikh PRN sehingga perbincangan dilakukan bersama pimpinan negeri yang lain.

Tak boleh terima hakikat kelab kecil dari Asia mendahului - Tunku Ismail
Menurut Tunku Ismail, pengadil dari Serbia itu juga gagal mengawal perlawanan.

Tunjuk Perasaan | Puluhan ribu warga pendidik berhimpun
Berpuluh-puluh ribu guru dan warga pendidik awam di Portugal mengadakan tunjuk perasaan untuk menuntut keadaan pembelajaran di sekolah yang lebih baik, gaji yang berpatutan dan penghormatan terhadap kerjaya mereka.

Politik | Jeneral bersara NATO Presiden baharu Republik Czech
Jeneral bersara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Petr Pavel menjadi Presiden baharu Republik Czech selepas berjaya menewaskan bekas Perdana Menteri, Andrej Babis dalam pilihan raya yang diadakan pada Sabtu.

Banjir | New Zealand tanggung tahap kemusnahan yang teruk
Tiga orang maut manakala seorang lagi hilang selepas banjir besar melanda seluruh bandar Auckland, ekoran hujan lebat yang berterusan selama dua hari sejak Jumaat.

COVID-19 | Jepun tarik semula penggunaan pelitup muka
Jepun akan menarik semula arahan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup dan akan menurunkan taraf klasifikasi COVID-19.

Bila PRN? | Pas akan hubungi pimpinan 3 negeri ditadbir Pakatan Harapan
PAS akan menghubungi pimpinan tiga negeri yang diterajui Pakatan Harapan (PH) dalam waktu terdekat untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan tarikh Pilihan Raya Negeri, PRN.

Reaksi Ku Li | Pemecatan ahli kerana langgar disiplin adalah perkara biasa
Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan pemecatan ahli atas kesalahan melanggar disiplin parti adalah perkara biasa.

#SuaraMalaysia: 85 peratus pilih peningkatan kos makanan paling meresahkan rakyat
Cabaran ekonomi pada tahun 2023 banyak memberi impak kepada sikap pengguna dalam berbelanja. Realitinya, menentukan keutamaan perbelanjaan isi rumah perlu dibuat dengan sebaiknya.

Kerajaan perlu ada matlamat capai keseimbangan dasar monetari, fiskal - Pakar ekonomi
Setiap langkah yang diambil harus meletakkan keutamaan terhadap kesejahteraan rakyat di masa depan.

Keabsahan Anwar sudah terbukti, ini masa untuk tumpu pada negara - Shafie Apdal
Shafie berkata, keabsahan Anwar beri tanggapan positif kepada masyarakat luar, serta meningkatkan keyakinan pelabur asing terhadap negara

'Belum pernah Malaysia dapat pengiktirafan dalam masa singkat dari dunia' - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan laporan media antarabangsa mencemarkan imej negara.

Pemimpin PN hadir mesyuarat bincang usul undi percaya PM
Dipercayai ia berhubung Mesyuarat Jawatankuasa PN yang membincangkan mengenai pendirian terhadap usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin.

Perjanjian permuafakatan bukti Anwar goyah - Muhyiddin
Perjanjian permuafakatan antara gabungan parti politik yang dimeterai, membuktikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak yakin mampu meraih sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Permuafakatan: Ahli Parlimen tak sokong usul PM dan Kerajaan, perlu kosongkan kerusi
Ahli Parlimen di bawah Kerajaan Perpaduan Malaysia, yang tidak menyokong Perdana Menteri dalam usul berkait usul percaya, pembekalan, atau apa-apa usul berbentuk prosedur, perlu mengosongkan kerusi.

Permuafakatan: Persefahaman antara ketua-ketua parti beri isyarat untuk pacu negara - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesemua hasrat itu takkan mampu dicapai tanpa kerjasama dan sokongan kesemua rakan pimpinan parti baik dari Semenanjung, Sabah mahupun Sarawak.

Kestabilan politik, ekonomi perlu untuk Malaysia kembali sebagai kuasa tengah berpengaruh
Kerajaan baharu perlu beri tumpuan kepada usaha pemulihan ekonomi negara, kestabilan politik dan memperbaiki imej Malaysia terlebih dahulu.

Keluar Bersatu: Azalina tunggu laporan AG mengenai empat ahli Parlimen Sabah
Azalina Othman menunggu laporan rasmi dan pandangan perundangan dari pejabat Peguam Negara (AG), berhubung kedudukan empat ahli Parlimen dari parti Bersatu yang bertanding atas tiket GRS.