Pembentukan bandar hijau berteraskan tenaga boleh perbaharui menjadi fokus penganjuran Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM) ke-8 tahun ini.
Dengan tema 'Mendayakan Bandar Hijau', ia menonjolkan teknologi dan inovasi lima sektor utama teknologi hijau merangkumi tenaga, pengangkutan, bangunan, teknologi dan pengurusan sisa serta teknologi dan pengurusan air.
Edisi kali ini membawakan 350 reruai pameran dari 20 negara yang menarik lebih 25,000 pengunjung sepanjang acara selama tiga hari dengan matlamat menjana peluang perniagaan industri hijau bernilai RM1.6 billion.
Majlis tersebut turut menyaksikan pelancaran Green Technology Master Plan (GTMP) yang menggariskan rangka strategik bagi pembangunan teknologi hijau untuk mewujudkan ekonomi dengan penggunaan karbon yang rendah dan sumber yang cekap.
Berucap merasmikan IGEM 2017, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA), Datuk Seri Maximus Johnity Ongkili berkata GTMP akan menyediakan kerangka kerja yang konsisten bagi menyelaras matlamat strategik pihak berkepentingan di Malaysia.
“GTMP akan melonjakkan pertumbuhan teknologi hijau Malaysia dengan hasil sasaran sebanyak RM180 bilion dan lebih 200,000 peluang pekerjaan menjelang 2030.
“GTMP akan menjadi petunjuk kepada masa depan yang lebih mesra alam dengan meletakkan asas bagi perubahan menyeluruh dalam pembangunan sosio-ekonomi dan pada masa sama mematuhi prinsip-prinsip kemapanan.
“Melalui cara ini, GTMP akan menghasilkan keputusan jangka panjang yang berkesan bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju pergerakan hijau global, selaras dengan aspirasi Transformasi Nasional 2050,” tambah beliau.
Ketua Setiausaha KeTTHA, Datuk Seri Ir Zaini Ujang berkata IGEM perlu lebih terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk pelajar sekolah bagi pendedahan teknologi hijau dapat dilaksanakan denga lebih meluas.
“Inilah peluang yang terbaik kerana tidak mudah untuk kita dapat peluang di mana syarikat-syarikat di pelbagai negara dan universiti dari Malaysia dan luar negara datang untuk menyerlahkan teknologi terkini yang mereka sedang usahakan atau sedang berada dalam pasaran,” kata beliau.
Beberapa usaha sama strategik telah dibentuk di IGEM 2017 termasuk perjanjian tiga pihak antara Petronas Dagangan Berhad, TNB Energy Services dan GreenTech Malaysia untuk menambah rangkaian stesen mengecas kenderaan elektrik di seluruh negara.
Memorandum Persefahaman antara Prasarana Malaysia Berhad dan GreenTech Malaysia untuk membangunkan pelan tindakan mapan Prasarana turut ditandatangani semasa majlis perasmian pembukaan turut dimeterai.
Sejak dimulakan pada tahun 2010, IGEM telah mencapai rekod cemerlang dengan menjana peluang perniagaan bernilai lebih RM10 bilion dan menarik minat sebanyak 2,000 peserta pameran dan 380,000 orang pengunjung dari 50 buah negara.
Isabelle Leong
Fri Oct 13 2017
ONGKILI: GTMP akan menghasilkan keputusan jangka panjang yang berkesan bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju pergerakan hijau global, selaras dengan aspirasi Transformasi Nasional 2050. -Foto Astro AWANI
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Pembentukan negara hijau fokus IGEM 2017
Perasmian IGEM 2017 menyaksikan pelancaran Green Technology Master Plan yang menggariskan rangka strategik bagi pembangunan teknologi hijau.