awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemberhentian pekerja MAS: MTUC saran kerajaan patuhi kod tata laku keharmonian industri

Bernama
Bernama
30/08/2014
10:42 MYT
Pemberhentian pekerja MAS:  MTUC saran kerajaan patuhi kod tata laku keharmonian industri
Kod tata laku berusia 40 tahun itu menjelaskan pelbagai langkah yang perlu diambil apabila membuang pekerja - Gambar Fail
Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menyarankan kepada kerajaan supaya mematuhi kod tata laku keharmonian industri apabila memberhentikan pekerja Malaysia Airlines (MAS), yang sedang dilanda masalah.
Presidennya Khalid Atan berkata kod tata laku berusia 40 tahun itu menjelaskan pelbagai langkah yang perlu diambil apabila membuang pekerja bagi mengurangkan dengan seboleh mungkin gangguan dan kesukaran yang akan dialami pekerja dan majikan.
Beliau berkata sebagai majikan bertanggungjawab, kerajaan perlu memastikan kebajikan pekerja merupakan perkara yang paling diutamakan apabila melakukan penyusunan semula terhadap model perniagaan MAS.
Beliau berkata demikian kepada Bernama bagi mengulas rancangan Khazanah Nasional Bhd menyusun semula syarikat penerbangan kebanggaan itu, yang memerlukan pembuangan kira-kira 6,000 pekerja.
Khalid berkata jumlah 6,000 pekerja itu sebenarnya bersamaan dengan 30,000 orang -- jika diambil kira bahawa setiap pekerja mempunyai lima anggota keluarga -- yang akan terjejas dengan langkah penyusunan semula itu.
Beliau turut menggesa Khazanah Nasional mendapatkan penglibatan pemimpin kesatuan sekerja bagi membantu melaksanakan urusan itu untuk meminimumkan kesusahan yang dialami pekerja dan keluarga mereka.
Topic Berkaitan
#azman mokhtar
#Bursa Malaysia
#Khazanah Nasional
#MAS
#MTUC
#Najib Razak
#penerbangan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan