awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemberian khas bantu pacu pembangunan, beri manfaat kepada Sabah - Hajiji

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
14/04/2022
08:28 MYT
Pemberian khas bantu pacu pembangunan, beri manfaat kepada Sabah - Hajiji
Hajiji berkata, pihaknya akan meneruskan perbincangan bagi mendapatkan 40 peratus daripada hasil Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
KOTA KINABALU: "Ia (kenaikan jumlah pemberian khas) adalah baik untuk pembangunan dan memberi manfaat kepada Sabah. Sudah pasti membantu Kerajaan Negeri meneruskan agenda Hala Tuju Sabah Maju Jaya,".
Demikian adalah maklum balas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berhubung keputusan Kerajaan Pusat menaikkan pemberian khas kepada negeri itu.
Bagaimanapun Hajiji berkata, pihaknya akan meneruskan perbincangan bagi mendapatkan 40 peratus daripada hasil Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
"Peningkatan jumlah pemberian khas daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta mulai tahun ini akan memberi manfaat kepada Sabah.
"Hal ini juga membuktikan Kerajaan Persekutuan bersedia untuk mendengar permintaan kita (Sabah). Ini merupakan satu petanda baik," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaabob dalam kenyataan bersama Hajiji memaklumkan, Kerajaan Persekutuan bersetuju menaikkan pemberian khas kepada negeri Sabah menerusi pemberian khas baharu sebanyak 4.7 kali ganda daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta bagi tahun 2022.
Malah, Amaun itu juga akan terus meningkat setiap tahun bagi tempoh 2023-2026 mengikut kadar kenaikan yang dipersetujui bersama.
Persetujuan ini merupakan satu petanda penting memandangkan kali terakhir kajian semula berkenaan dibuat pada 1969.
Topic Berkaitan
#pemberian khas
#geran khas
#Sabah
#Hajiji Noor
#Pemberian Khas Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan