awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peguam Nick Reiner tarik diri daripada kes bunuh
EPL: Burnley ikat Manchester United 2-2, Fletcher raih seri pertama
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemberian 'pencen seringgit' harus dilaksana semula - Ayob Khan

Sinar Harian
Sinar Harian
30/01/2021
00:34 MYT
Pemberian 'pencen seringgit' harus dilaksana semula - Ayob Khan
AYOB KHAN: Tindakan tersebut tanpa mengira pangkat dan status mereka. Ia dikenali sebagai pencen seringgit. - BERNAMA
SHAH ALAM:Tindakan ditamatkan perkhidmatan atau ‘pencen seringgit’ terhadap pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat rasuah seperti yang pernah dilaksanakan ketika zaman bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar perlu diperkenalkan semula.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, langkah itu antara bukti ketegasan ke atas mana-mana pegawai kanan atau anggota bawahan yang terlibat dengan kesalahan itu.
Beliau berkata, tindakan ‘pencen seringgit’ atau dalam tafsiran undang-undang yang sebenar adalah Penamatan Perkhidmatan Demi Kepentingan Awam iaitu di bawah Peraturan 49 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib) 1993 itu pernah dilaksanakan pada era 1980-an.
“Dalam konteks ketegasan menangani isu rasuah dalam PDRM, saya suka menarik perhatian kepada era 1980-an di mana KPN ketika itu, Tun Hanif Omar dan lain-lain pegawai kanannya yang mengambil tindakan ‘ditamatkan perkhidmatan’ ke atas pegawai-pegawai tinggi PDRM yang terlibat dalam rasuah.
“Tindakan tersebut tanpa mengira pangkat dan status mereka. Ia dikenali sebagai ‘pencen seringgit’.
“Selepas era tersebut, amat jarang atau tidak pernah kita dengar lagi pegawai tinggi PDRM dikenakan tindakan ‘pencen seringgit’ atau dibuang kerja.
“Yang sering diuar-uarkan adalah tindakan buang kerja ke atas anggota bawahan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Bekas Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman itu berkata, isu membabitkan rasuah dan salah laku pegawai dan anggotanya antara perkara yang diberi fokus utamanya.
Jelas beliau, tindakan tegas dan tanpa kompromi terhadap pegawai dan anggota polis Johor yang terlibat dengan rasuah dan salah laku lain dibuktikan apabila seramai 43 anggota dan seorang pegawai kanan telah dituduh di mahkamah sejak menerajui Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor mulai Mac tahun lalu hingga kini.
Dalam statistik sama katanya, seramai 46 lagi anggota telah dibuang kerja, manakala 57 orang lagi iaitu empat pegawai dan 53 anggota telah ditahan kerja dan seramai 12 orang anggota telah digantung tugas.
“Pendekatan saya dalam memastikan tindakan tegas ke atas pegawai dan anggota yang terlibat dalam rasuah dan lain-lain salah laku dapat dilihat pada statistik tangkapan dan pertuduhan di mahkamah melibatkan pegawai dan anggota sejak saya mengambil alih sebagai Ketua Polis Johor,” katanya.
Topic Berkaitan
#Rasuah
#PDRM
#polis
#pencen seringgit
#Mohammed Hanif Omar
#ayob khan mydin pitchay
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan