MALAYSIA
Pemberian RM100: PMO sedia beri taklimat kepada Sanusi agar tidak ‘senget’, ‘gelong’ ulas ekonomi - Tunku Nashrul

Tunku Nashrul (foto) menegaskan bahawa Kerajaan MADANI sentiasa terbuka terhadap sebarang perbincangan atau penjelasan. -Facebook
KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri (PMO) menyatakan kesediaan untuk memberi taklimat kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, bagi memastikan beliau tidak terus ‘senget’, ‘gelong’ dan tersasar dalam mengulas isu ekonomi negara.
Ringkasan AI
- PMO menyatakan kesediaan memberi taklimat kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor bagi menjelaskan isu ekonomi negara, khususnya perbezaan antara bantuan dan Belanjawan, susulan kenyataan beliau yang didakwa tersasar.
- Bantuan seperti penurunan harga RON95 dan bantuan tunai RM100 adalah inisiatif tambahan dalam Belanjawan 2025, bukan sebahagian daripada Belanjawan 2026 seperti yang didakwa oleh Sanusi.
- PMO turut menegaskan komitmen Kerajaan MADANI terhadap pemulihan ekonomi dan menoktahkan warisan kerosakan seperti skandal 1MDB, sambil menghargai sokongan rakyat walaupun berdepan kritikan pembangkang.
“Semua inisiatif yang diumumkan semalam bukanlah sebahagian daripada Belanjawan 2026, Belanjawan 2026 hanya boleh diguna pakai pada tahun 2026, sebab itu namanya Belanjawan 2026,” katanya.
Tunku Nashrul turut menjelaskan bahawa bantuan yang diumumkan semalam, termasuk penurunan harga petrol RON95 kepada RM1.99 dan bantuan tunai RM100 ialah inisiatif tambahan kepada apa yang telah direncana di dalam Belanjawan 2025.
“Sekiranya tiada gangguan daripada ‘belalang di tepi lautan’ seperti Sanusi dan rakan-rakan, Insya-Allah Kerajaan MADANI akan terus berkongsi kemakmuran kepada rakyat Malaysia,” ujar Tunku Nashrul merujuk kepada kenyataan Sanusi yang memperlekehkan bantuan kerajaan sempena Bulan Kemerdekaan.
Mengulas pendedahan wartawan Bradley Hope yang menganggarkan kerugian negara akibat skandal 1MDB mencecah AS$18 bilion, beliau menyifatkannya sebagai manifestasi ‘kerosakan’ yang diwarisi oleh Kerajaan MADANI daripada pentadbiran terdahulu.
Beliau turut mengulangi penghargaan Perdana Menteri kepada seluruh rakyat Malaysia yang terus memberikan sokongan dan bersabar sepanjang usaha pemulihan negara dijalankan, walaupun sering dihina dan diperlekeh pembangkang.
“Saya ingin ulangi permohonan maaf yang disampaikan oleh Perdana Menteri semalam atas kelewatan menunaikan sesetengah janji beliau.
"Namun, semua langkah yang diambil adalah berlandaskan kemampuan negara dan demi manfaat jangka panjang,” tambahnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami