KOTA BHARU: Pemberian sagu hati setahun sekali kepada ahli lembaga pengarah Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) merupakan prosedur biasa dalam syarikat berkenaan.
Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed berkata, sagu hati tersebut adalah bagi menghargai kerja-kerja memerah minda dalam memberikan pandangan dan keputusan-keputusan dasar kepada pengurusan.
“Lagi pula sebahagian besar lantikan ahli lembaga pengarah iaitu tujuh daripada sembilan orang adalah anggota yang profesional dalam aspek pengurusan dan teknikal air yang tiada apa-apa jawatan dalam parti,” katanya dalam kenyataan media pada Selasa.
Terdahulu, tular dalam media sosial salinan dokumen sulit yang menyatakan, setiap ahli lembaga pengarah AKSB diberi sagu hati sempena Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM10,000.
Kakitangan AKSB pula menerima sagu hati sebanyak RM200 seorang manakala setiausaha syarikat diberi RM2,000.
Berhubung perbezaan jumlah sagu hati yang besar antara ahli lembaga pengarah dan kakitangan, Mohamad Kamal menyifatkan perkara itu tidak berbangkit.
"Walaupun dokumen sulit dan hanya boleh dicapai oleh segolongan orang tertentu sahaja, tetapi ia kini disebar secara tidak wajar untuk tujuan memberikan persepsi negatif terhadap AKSB," katanya menerusi satu kenyataan di Facebook, pada Rabu.
Beliau berkata, pembahagian sagu hati itu turut dibandingkan dengan jumlah yang diterima oleh kakitangan.
"Soal perbandingan dengan jumlah kepada kakitangan, pada saya ia tidak berbangkit kerana sebelum perkara ini tular, langkah penambahbaikan sudah dibuat oleh pengurusan AKSB untuk kebajikan kakitangan bagi menghadapi hari raya seperti penjawat awam lain.
"Jika orang PAS sejahat mereka yang menyebarkan dokumen sulit dan berniat memburukkan kerajaan, boleh sahaja didedahkan bayaran-bayaran 'one off' bersifat setahun sekali kepada ahli lembaga pengarah GLC Persekutuan yang bukan sedikit juga jumlahnya termasuk syarikat air negeri-negeri.
"Saya masih optimis dengan tatakelola yang baik bukan sahaja menjauhi rasuah tetapi juga membabitkan soal integriti termasuk tindakan buruk mereka yang berniat jahat mendedahkan sesuatu yang secara pentadbirannya biasa diamalkan," katanya.
Pada masa sama, beliau turut mencadangkan AKSB menyiasat kebocoran dokumen sulit dalam kalangan kakitangan dan membawa mereka yang mencanangkan prosedur dalaman kepada pihak pengadilan.
Kenyataan Media
Wed May 24 2023
Jumlah sagu hati yang besar antara ahli lembaga pengarah dan kakitangan, Mohamad Kamal menyifatkan perkara itu tidak berbangkit.- Sumber foto FB Mohamad Kamal Mohamed
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Tembakan di KLIA: 'Along' tidak sepatutnya bekerja semalam - Rakan
Mengikut jadual asal pengawal peribadi yang mesra disapa ramai dengan panggilan 'Along' itu tidak seharusnya bekerja semalam.
Jamuan Aidilfitri komuniti Taiping, 'potluck' sambil berkelah
Lebih istimewa apabila masing-masing yang hadir segak mengenakan pakaian kebangsaan baju Melayu dan baju kurung.
Dewasa bergejala elak peluk, cium anak kecil semasa beraya - Pakar Pediatrik
Golongan dewasa yan dinasihat untuk tidak menyentuh, mencium atau memeluk anak-anak kecil dengan sesuka hati.
Rakyat Malaysia di Bangkok sambut Aidilfitri dengan keluarga, rakan
Kedutaan Besar Malaysia di Thailand anjur majlis makan tengah hari bersama kakitangannya dan tetamu jemputan bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri.
Shila Amzah terbuka menerima kunjungan ibu dan adik nak datang beraya - “Andai kata mama dan Syada mahu...”
Penyanyi Shila Amzah memberitahu dia terbuka menerima kehadiran ibu dan adik-beradiknya untuk datang ke rumah sempena Hari Raya Aidilfitri.
Aidilfitri: Tangani soalan 'panas', tetap matlamat komunikasi menggembirakan
Tanpa sedar, soalan diutarakan mengguris hati, seterusnya mengganggu emosi dan menjejaskan silaturrahim.
Capal dan tanjak jadi pilihan di Aidilfitri
Pemakaian busana tradisional sudah mula diamalkan Marina Ahmad sekeluarga sejak sembilan tahun lalu.
“Orang lain gembira… tapi saya trauma bila tiba Aidilfitri”
Dua anak lelaki Aslina maut dalam kemalangan jalan selang dua tahun menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Aidilfitri harus dimanfaat bina iltizam perkukuhkan perpaduan - TPM
Aidilfitri merupakan nikmat besar dari Allah SWT kerana umat Islam berkesempatan mengerjakan ibadah berpuasa yang dituntut di dalam Islam.
Sambutlah hari raya dengan kesederhanaan, keinsafan - Tun Mahathir
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menitip pesanan kepada rakyat khususnya umat Islam yang akan meraikan Hari Raya Aidilfitri, untuk menyambut dengan kesederhanaan dan keinsafan.