KUCHING: Kesinambungan program imunisasi COVID 19 di Sarawak diteruskan dengan pemberian dos pertama suntikan vaksin AstraZeneca secara sukarela bermula esok.
Pelaksanaan program vaksinasi fasa pertama bagi vaksin jenis itu bakal berlangsung sehingga hujung Julai di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dan Pusat Kemahiran Belia Negara di Miri.
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, program itu bakal menyaksikan seramai 500 orang menerima suntikan pada hari pertama pelaksanaannya.
"Pemberian AstraZeneca di BCCK esok secara sukarela diuruskan oleh CITF (Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19) Kuala Lumpur. Seramai 500 individu dijangka divaksin hari pertama,” katanya.
Ujar beliau, PPV AstraZeneca di BCCK Kuching dapat menampung kapasiti sehingga 3,000 dos sehari.
Terdahulu, pada 26 Mei lalu, sebanyak satu juta slot janji temu dibuka kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas yang bersetuju untuk menerima vaksin tersebut secara sukarela.
Berikutan sambutan yang amat menggalakkan, tempahan janji temu dibuka semula untuk rakyat Malaysia berusia 60 tahun ke bawah sebelum tempahan slot itu penuh dalam tempoh 90 minit.
Sebelum ini, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan kaedah secara sukarela bagi penerimaan vaksin AstraZeneca berikutan kesangsian segelintir masyarakat yang terhadap vaksin jenis itu.
Azizah Alwi
Sun Jun 06 2021
Dr Sim meninjau persiapan akhir sebelum PPV Pusat Konvensyen Borneo Kuching dibuka untuk pemberian suntikan vaksin AstraZeneca. - Gambar Astro AWANI
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kerajaan jamin sediakan rawatan kesan sampingan vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca - Dzulkefly
Kerajaan memberi jaminan akan menyediakan rawatan susulan bagi penerima vaksin COVID-19 termasuk AstraZeneca yang terbukti mengalami kesan sampingan.
Suntikan dos kedua AZ dipercepatkan kepada 9 minggu - Khairy
Dianggarkan lebih sejuta penerima yang terlibat dalam program sukarela AstraZeneca COVID-19 akan menerima janji temu dalam masa terdekat.
KKM beri rawatan segera sekiranya ada kesan sampingan dari vaksin AstraZeneca - Dr Adham
Orang ramai dinasihat untuk memantau tahap kesihatan mereka, di samping perlu mendapatkan rawatan segera sekiranya mengalami gejala.
Malaysia terima 600,000 dos vaksin AstraZeneca pada Jun - Khairy
Kesemua 600,000 dos vaksin tersebut yang akan dihantar secara berkala setiap bulan.