awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: PKBM rancang program trek dengan negara Asia Tenggara
Pemimpin dunia kutuk sekeras-kerasnya serangan bom di masjid Islamabad
Johor bakal kaji semula potensi penggunaan air bawah tanah untuk pusat data - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemberian vaksin COVID-19 berbeza hanya jika Jawatankuasa Teknikal berpuas hati - Khairy

Fareez Azman
Fareez Azman
21/06/2021
10:36 MYT
Pemberian vaksin COVID-19 berbeza hanya jika Jawatankuasa Teknikal berpuas hati - Khairy
Menteri Penyelaras Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata pemberian vaksin berbeza hanya akan dibuat selepas Jawatankuasa Khas JKJAV berpuas hati. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemberian vaksin COVID-19 berbeza kepada penerima hanya akan ditentukan selepas Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-​19 (JKJAV) berpuas hati dengan keberkesanannya.
Menteri Penyelaras Program Vaksinasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin menjelaskan, ketika ini, kajian teknikal masih dijalankan jawatankuasa berkenaan untuk memastikan keberkesanan penggunaan vaksin berbeza kepada penerima.
"Jawatankuasa teknikal sedang kaji pemberian vaksin berbeza tetapi kita tidak buat apa-apa keputusan, Sepanyol, Jerman dan Korea Selatan sudah buat (kombinasi) vaksin AstraZeneca dan Pfizer.
"Kita harap bekalan AstraZeneca tiada gangguan, kalau tiada gangguan kita boleh teruskan dengan pemberian dos kedua," katanya ketika ditemui media di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Nasional Bukit Jalil pada Isnin.
Tambah Khairy, beliau menghadiri mesyuarat berhubung kemas kini data daripada negara-negara lain mengenai penggunaan vaksin berbeza pada Rabu ini.
"Jika Jawatankuasa Teknikal selesa dan merasakan ia berkesan, baru kita akan pertimbangkan (penggunaan vaksin berbeza)," katanya lagi.
Mengulas mengenai PPV Stadium Nasional Bukit Jalil, jelas Khairy, sebanyak 3,000 vaksin diberikan dalam tempoh tiga hari sebelum dinaikkan kepada 10,000 dos sehari.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#Bukit Jalil
#Korea Selatan
#Jerman
#sepanyol
#COVID-19
#program vaksinasi
#vaksin
#AstraZeneca
#Pfizer
#dos kedua
#Pusat Pemberian Vaksin
#PPV
#PICK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan