KUALA LUMPUR:Pemberian vaksin pneumokokal konjugat (PCV) di bawah Program Imunisasi Kebangsaan bagi kanak-kanak di fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) akan bermula pada 1 Dis ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata kanak-kanak yang lahir pada tahun ini, bermula 1 Jan lalu, layak menerima suntikan vaksin itu yang akan diberi sebanyak tiga dos, iaitu dua dos primer pada umur empat dan enam bulan, diikuti satu dos penggalak pada umur 15 bulan.
"Ibu bapa perlu membuat janji temu dengan klinik kesihatan KKM bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan kepatuhan kepada normal baharu dalam usaha mencegah penularan penyakit COVID-19," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata bagi kanak-kanak yang lahir pada 1 Jan 2020 dan seterusnya yang telah berumur lima bulan atau lebih, jadual imunisasi pneumokokal akan disesuaikan mengikut umur oleh fasiliti kesihatan KKM.
Beliau berkata vaksin pneumokokal yang akan digunakan untuk tempoh dua tahun pertama pelaksanaan ialah vaksin PCV-10 (Synflorix) yang memberi perlindungan terhadap 10 serotip bakteria pneumokokus, merangkumi serotip 1, 4, 5, 6B, 7F, 9V, 14, 18C, 19F dan 23F yang turut memberi perlindungan cross-reactivity terhadap serotip 19A.
Katanya pemantauan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di peringkat global menunjukkan, setakat 30 Jun lepas terdapat 156 negara yang telah menyenaraikan PCV dalam Program Imunisasi Kebangsaan mereka.
"Seperti vaksin-vaksin lain yang digunakan dalam Program Imunisasi Kebangsaan, vaksin pneumokokal adalah vaksin yang berkesan dan selamat.
"Bagi memastikan semua vaksin berdaftar yang digunakan di Malaysia kekal selamat, Kesan Advers Susulan Imunisasi (AEFI) vaksin dipantau rapi oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM," katanya.
Beliau berkata PVC telah digunakan di fasiliti kesihatan swasta di Malaysia sejak 2009 dan tiada sebarang isu keselamatan serius dilaporkan melalui pemantauan yang dijalankan.
Namun katanya, memandangkan ini merupakan vaksin yang baru digunakan di bawah Program Imunisasi Kebangsaan di klinik kesihatan KKM, kementerian itu akan menjalankan pemantauan AEFI ke atas setiap kanak-kanak selepas pemberian setiap dos suntikan.
"Bagi tujuan ini, ibu bapa perlu melaporkan sebarang kesan advers yang dialami oleh anak mereka kepada anggota kesihatan selepas setiap suntikan dengan mengembalikan borang pelaporan, walaupun kesan yang dialami adalah ringan seperti merah di tempat suntikan.
"Selain itu, ibu bapa juga boleh melaporkan kesan advers secara terus kepada NPRA melalui laman sesawang npra.gov.my dengan mengisi Consumer Side Effect Reporting Form (CONSERF)," katanya.
Dr Noor Hisham berkata ibu bapa yang mempunyai anak yang lahir bermula 1 Jan 2020 dan seterusnya yang telah mengambil satu atau dua dos suntikan vaksin pneumokokal di fasiliti kesihatan swasta boleh memilih untuk melengkapkan jadual imunisasi pneumokokal di fasiliti kesihatan swasta atau di klinik kesihatan KKM.
"Ibu bapa yang memilih untuk melengkapkan imunisasi pneumokokal anak mereka di klinik kesihatan KKM dinasihatkan membawa bersama rekod imunisasi anak mereka, bagi memudahkan urusan penjadualan imunisasi oleh anggota kesihatan di klinik kesihatan KKM," katanya.
Menurut Dr Noor Hisham, vaksin itu diberikan bagi mencegah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae yang juga dikenali sebagai pneumokokus, antaranya radang paru-paru (pneumonia), radang sinus (sinusitis), jangkitan telinga tengah (otitis media), radang selaput otak dan saraf tunjang (meningitis) serta jangkitan bakteria dalam darah (septicaemia).
"Komplikasi penyakit pneumokokal termasuk cacat pendengaran, kecacatan otak dan kematian, maka pemberian vaksin pneumokokal kepada kanak-kanak bertujuan mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti akibat penyakit pneumokokal dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun.
"Ini seterusnya dapat mengurangkan kos rawatan penyakit pneumokokal dan komplikasinya... walaupun penyakit pneumokokal boleh dirawat dengan pemberian antibiotik, terdapat beberapa strain bakteria pneumokokus yang mempunyai kerintangan terhadap antibiotik," katanya.
Katanya, pemberian vaksin pneumokokal adalah kaedah paling berkesan untuk menghalang jangkitan bakteria pneumokokus dan secara tidak langsung mengurangkan kerintangan terhadap antibiotik.
"Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan mengenai pelaksanaan pemberian vaksin pneumokokal, sila hubungi KKM di talian 03-8883 4003 dari Isnin hingga Jumaat (tidak termasuk cuti umum), 9 pagi hingga 5 petang, atau ajukan persoalan di [email protected], atau ibu bapa juga boleh mengunjungi mana-mana klinik kesihatan yang berdekatan untuk mendapatkan penjelasan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 24 2020
DR NOOR HISHAM: Seperti vaksin-vaksin lain yang digunakan dalam Program Imunisasi Kebangsaan, vaksin pneumokokal adalah vaksin yang berkesan dan selamat. - Gambar fail
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
JKNK sasar lebih 50,000 kanak-kanak terima suntikan vaksin pneumokokal
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menyasarkan lebih 50,000 kanak-kanak di negeri ini yang lahir pada tahun 2018 dan 2019 menerima suntikan vaksin pneumokokal secara percuma.
Pemberian vaksin pneumokokal di fasiliti KKM bermula Disember - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham berkata bagi kanak-kanak yang lahir pada 1 Jan 2020 dan seterusnya yang telah berumur lima bulan atau lebih, jadual imunisasi pneumokokal akan disesuaikan mengikut umur.
Suntikan vaksin pneumokokal percuma untuk bayi bermula Jun 2020
Kementerian telah memperuntukkan RM60 juta bagi tujuan itu yang diumumkan dalam Belanjawan 2020.
Vaksin pneumokokal dan influenza penting cegah pneumonia - Pakar
Pengambilan vaksin pneumokokal dan influenza sangat penting bagi mengelakkan daripada terkena jangkitan radang paru-paru atau pneumonia menurut pakar.
KKM akan kaji masukkan pneumokokal dalam program imunisasi
Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, buat masa ini tiada keperluan mendesak untuk memasukkan vaksin berkenaan ke dalam NIP.