KUALA LUMPUR: Buat anda yang berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, dapatkan pembiayaan daripada Pembiayaan Pendidikan-i MBSB Bank (EduFin-i).

EduFin-i adalah produk pembiayaan pendidikan daripada MBSB Bank yang patuh Syariah, dengan tempoh pembiayaan maksimum hingga 20 tahun termasuk tempoh pengajian dan jumlah pembiayaan hingga RM250,000 dengan margin sehingga 90 peratus daripada jumlah yuran pengajian.

EduFin-i juga membenarkan permohonan bersama, bermakna pembiayaan boleh dipohon oleh dua nama - terbuka untuk ahli keluarga terdekat sahaja.

Ia juga dilengkapi perlindungan Takaful dan bayaran bulanan penuh yang hanya bermula selepas tamat tempoh pengajian.

Kata Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Bank, Datuk Nor Azam M. Taib ketika majlis pelancaran EduFin-i tempoh hari, kewujudan produk pembiayaan pendidikan ini akan membuka peluang yang lebih luas untuk lebih ramai individu meningkatkan mutu kehidupan menerusi pendidikan.

“Sebagai sebuah bank Islam sepenuhnya, kami bukan sahaja komited dalam menawarkan produk serta perkhidmatan patuh Syariah, tapi juga terhadap kesejahteraan masyarakat terutamanya dalam pembangunan pendidikan.

“Kami akui bahawa pendidikan tertiari mewujudkan kebolehpasaran yang lebih tinggi di kalangan para graduan manakala kepada golongan yang sudah berkerjaya, pembelajaran berterusan menjadikan mereka lebih berdaya saing dalam peningkatan karier,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau yakin pelancaran EduFin-i akan diterima baik oleh kumpulan sasar, sebagaimana matlamatnya untuk meringankan komitmen kewangan yang perlu ditanggung apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.

Beliau memberi jaminan kepada proses permohonan yang efisien dan pengeluaran yang cepat bagi menyediakan sokongan kewangan yang tepat pada masanya, supaya pelajar dapat menumpukan perhatian sebaiknya kepada program pendidikan yang diikuti tanpa sebarang penangguhan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai EduFin-i oleh MBSB Bank, layari www.mbsbbank.com dan permohonan boleh dibuat di semua cawangan MBSB Bank di seluruh negara.