GEORGE TOWN: Kerja-kerja pembinaan Kereta Kabel Bukit Bendera di sini dijangka bermula pada penghujung Mei atau awal Jun ini dan siap sepenuhnya dalam tempoh dua hingga tingga tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata ketika ini Perbadanan Bukit Bendera sedang menjalankan Penilaian Impak Trafik untuk membolehkan projek itu dimulakan.
Beliau berkata kebenaran merancang bagi projek mega Kerajaan Negeri Pulau Pinang bernilai RM250 hingga RM300 juta itu telah diluluskan Januari lepas.
"Kita telah mendapat kelulusan daripada semua pihak antaranya Penilaian Kesan Alam Sekitar dari Jabatan Alam Sekitar, Majlis Perancangan Fizikal Negara, kebenaran merancang daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Penilaian Kesan Sosial (SIA) bagi menjalankan projek itu," katanya selepas menghadiri Karnival Raya Aidilfitri Parlimen Bukit Bendera di Sekolah Kebangsaan Jalan Residensi di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Chow Kon Yeow, Pengerusi DAP Kebangsaan Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid.
Zairil berkata jajaran kereta kabel sepanjang 2.7 kilometer itu akan bermula di Taman Botani sehingga ke puncak Bukit Bendera dan akan memberi impak pelancongan di kawasan sekitar.
"Perjalanan ke puncak akan mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja iaitu masa yang sama diambil jika pengunjung menaiki kereta api funikular ke puncak berkenaan dan ia merupakan alternatif terutama ketika musim cuti sekolah yang selalunya sesak sehingga perlu menunggu lama," katanya.
Beliau berkata pelaksanaan projek kereta kabel Bukit Bendera secara Inisiatif Kewangan Swasta (PFI) itu merupakan mod pengangkutan yang paling mesra alam.
Mengulas mengenai segelintir pihak dan pertubuhan bukan kerajaan yang masih menentang projek kereta kabel itu, Zairil berkata kerajaan negeri sentiasa mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan berhubung pelaksanaan projek berkenaan.
''Tidak ada undang-undang yang kita tidak ikuti, semua kelulusan juga telah diperoleh malah projek ini juga ialah projek mesra alam malah kesannya kepada alam sekitar amat minimum, bilangan pokok yang dipotong juga sedikit dan tidak ada pokok warisan yang akan dipotong," katanya.
Syarikat gerabak dan perkhidmatan rel bersepadu terkemuka Hartasuma Sdn Bhd memenangi projek kereta kabel itu dengan pelaburan RM250 juta yang dibuat menerusi inisiatif perkongsian awam swasta dengan kerajaan Pulau Pinang.
Permohonan cadangan (RFP) bagi perkhidmatan kereta kabel Bukit Bendera bermula pada 13 Jan 2021 dan dilanjutkan hingga 30 Nov 2022 berikutan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 14 2024
ajaran kereta kabel sepanjang 2.7 kilometer itu akan bermula di Taman Botani sehingga ke puncak Bukit Bendera dan akan memberi impak pelancongan di kawasan sekitar. - Gambar fail/FacebookKetua Menteri Pulau Pinang
Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Perak
106 mangsa banjir dipindahkan ke lima PPS susulan hujan lebat malam tadi di Perak. Credit: JBPM Perak
Banjir kilat di Kulim dan Bandar Baharu
Seramai 133 mangsa banjir kilat dipindahkan ke dua PPS yang diaktifkan di Kedah. - Credit APM Kedah
Seorang maut, nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS, laluan arah selatan terhalang
Ekoran kemalangan itu, sebuah lori melintangi jalan dan semua lorong terhalang, menyebabkan aliran trafik terhenti sepanjang 13 kilometer.
Banjir kilat: 133 mangsa dipindahkan ke dua PPS di Kedah
Semua mangsa yang dipindahkan melibatkan 31 keluarga iaitu di daerah Kulim dan Bandar Baharu dipindahkan sejak jam 4 pagi tadi.
Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak
Seramai 106 mangsa dari 33 keluarga telah ditempatkan di lima PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar.
Malaysia, Kazakhstan sepakat perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu
Malaysia dan Kazakhstan sepakat untuk terus memperkukuhkan hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992, serta meneroka peluang kerjasama baharu.
Tiada terkesan cuaca panas, jemaah dinasihat jaga kesihatan
Walaupun tiada kes jemaah haji Malaysia terkesan kerana cuaca panas ketika ini di Mekah dan Madinah, Ketua Rombangan Haji Malaysia 1445H/2024, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman meminta jemaah dan petugas Lembaga Tabung Haji (TH) supaya terus menjaga kesihatan dan tidak terlalu mendedahkan diri kepada keadaan cuaca panas itu.
MTRK gesa kerajaan Kelantan selesaikan isu air
Kerajaan Kelantan perlu mencari jalan penyelesaian segera bagi menangani masalah air di negeri berkenaan.
Isu kekurangan sumber manusia akan ditangani segera
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Kesihatan Awam) Dr Norizan Ahmad dalam sebuah kenyataan memaklumkan isu kekurangan sumber manusia akan ditangani sebaik mungkin supaya penyampaian perkhidmatan sedia ada tidak terjejas.
TNB tidak perlu bayar cukai tambahan RM1.8 bilion, Mahkamah Rayuan kekal keputusan Mahkamah Tinggi
Panel setuju, TNB sebagai syarikat utiliti elektrik dikenali dan jumlah yang diminta terdiri daripada RA yang sepatutnya dikecualikan.
CAP gesa kerajaan P. Pinang henti projek kereta kabel Bukit Bendera
Projek pembangunan itu akan membawa kesan serius kepada alam sekitar dan kesihatan.
Hartasuma dapat RFP projek kereta kabel Bukit Bendera
Permohonan cadangan projek itu melibatkan anggaran pelaburan berjumlah RM245 juta.
Projek kereta kabel Bukit Bendera akan diteruskan - Chow Kon Yeow
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri menerusi Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) akan meneruskan projek tersebut melalui konsep kerjasama dengan pihak swasta.