awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar 72.52 g methamphetamine, buruh dipenjara 30 tahun, 12 sebatan
Peniaga kuih akok lapan perisa rancang hasilkan produk sejuk beku
Semua pihak perlu main peranan angkat martabat sektor pelancongan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara Sarawak bermula tahun depan - Abang Johari

Bernama
Bernama
06/03/2024
15:43 MYT
Pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara Sarawak bermula tahun depan - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata projek lebuh raya melalui dana kerajaan Sarawak bernilai RM6.1 bilion itu akan dibina dengan empat lorong. - Gambar fail/BERNAMA
LIMBANG: Pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara yang menghubungkan kawasan Miri, Brunei, Limbang dan Lawas akan bermula tahun depan.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata projek lebuh raya melalui dana kerajaan Sarawak bernilai RM6.1 bilion itu akan dibina dengan empat lorong.
Beliau berkata projek berkenaan diperlukan bagi membuka peluang ekonomi yang lebih besar terutamanya di kawasan Limbang dan Lawas.
"Di Limbang, kita akan menaik taraf lapangan terbang dengan meluaskan landasan bagi membolehkan pesawat lebih besar untuk mendarat.
"Kita juga sedang mengenal pasti kawasan sesuai untuk membangunkan sebuah tempat peranginan. Kawasan ini bakal menjadi satu lokasi sektor pelancongan," katanya selepas mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Negeri Sarawak di sini hari ini.
Abang Johari berkata lebuh raya itu juga akan memanfaatkan kawasan Lawas yang bakal memiliki sebuah pelabuhan serta lapangan terbang baharu tidak lama lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Pesisir Utara
#Sarawak
#Abang Johari Tun Openg
#Miri
#Brunei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan