awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembinaan RTS ikut jadual, capai kemajuan 41 peratus setakat Jun

Bernama
Bernama
16/07/2023
12:23 MYT
Pembinaan RTS ikut jadual, capai kemajuan 41 peratus setakat Jun
Projek pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura mencapai 41 peratus siap dan berjalan mengikut jadual ditetapkan. - Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Projek pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura mencapai 41 peratus siap dan berjalan mengikut jadual ditetapkan, menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh.
Beliau berkata berdasarkan kemajuan pembinaan setakat 30 Jun lepas, projek pengangkutan awam berimpak tinggi berkenaan diyakini dapat disiapkan sepenuhnya menjelang 2026.
"Projek pembinaan terbahagi kepada tiga pakej iaitu depot, stesen dan jejambat marin... ada antaranya (kemajuan projek) yang sudah ke hadapan dan ada sebaliknya.
"Secara keseluruhan, ia masih mengikut jadual," katanya pada sidang media selepas meninjau keadaan trafik di Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan projek berkenaan.
RTS Link adalah rangkaian rel sepanjang empat kilometer yang menghubungkan Bukit Chagar, Stesen Johor Bahru dan Woodlands di Singapura.
Rangkaian itu mempunyai kapasiti penumpang sebanyak 10,000 orang sejam sekali gus membantu meringankan kesesakan trafik.
Projek RTS Link itu juga dijangka mampu menarik 35 peratus daripada 350,000 orang yang bergerak melalui Tambak Johor setiap hari.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#projek pembinaan
#Sistem Transit Rapid
#RTS
#Mohamad Fazli Mohamad Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan