awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembinaan tujuh pos baharu PGA perketat kawalan keselamatan sempadan

Bernama
Bernama
14/03/2023
22:30 MYT
Pembinaan tujuh pos baharu PGA perketat kawalan keselamatan sempadan
Pos baharu PGA yang akan diwujudkan ialah Pos Raso, Lundu; Pos Stass, Bau; Pos Sapit, Padawan; Pos Tepoi, Serian serta Pos Gua Ming, Pos Kaluh dan Pos Sungai Putong di Sri Aman. - Foto Facebook PGA
KUALA LUMPUR: Pembinaan tujuh pos baharu Pasukan Gerakan Am (PGA) di Sarawak antara usaha bagi memperketat kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Kalimantan.
Menurut jawapan yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Selasa, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan pos baharu PGA yang akan diwujudkan ialah Pos Raso, Lundu; Pos Stass, Bau; Pos Sapit, Padawan; Pos Tepoi, Serian serta Pos Gua Ming, Pos Kaluh dan Pos Sungai Putong di Sri Aman.
"Ini bagi memperkukuh kawalan sempadan negara di Sarawak khususnya dalam berhadapan dengan impak pemindahan ibu negara Indonesia ke Kalimantan Timur," menurut kementerian itu bagi menjawab soalan Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) berhubung langkah memperketat keselamatan di sempadan Sarawak-Kalimantan, Indonesia.
Selain itu, KDN memaklumkan 77 kilometer jalan rondaan keselamatan dirancang dibina dari Telok Melano, Lundu hingga ke Serikin, Bau di Sarawak bagi memastikan pelaksanaan tugas di sempadan negara dapat dijalankan secara lancar dan berkesan.
Kementerian itu turut melaksanakan penstrukturan semula PGA dengan mewujudkan satu Batalion baharu PGA iaitu Batalion 23 PGA (Sri Aman, Sarawak).
Menurut KDN ia bakal memberikan impak dalam keberkesanan kawalan sempadan dan kedaulatan negara bagi keseluruhan Sarawak dari segi kekuatan, kawasan tanggungjawab serta keberhasilan operasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pos baharu PGA di Sarawak
#keselamatan sempadan
#Malaysia-Kalimantan
#Pasukan Gerakan Am
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan