KUALA KANGSAR: Padah menjual ayam standard melebihi harga maksimum ditetapkan Oktober tahun lepas, seorang pemborong didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Sharuddin Saidon, 54, yang mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak turut berdepan empat bulan penjara jika gagal membayar denda terbabit.
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didapati menjual barangan harga terkawal iaitu ayam standard dengan harga RM8.90 sekilogram melebihi harga borong maksimum dietapkan oleh Pengawal iaitu RM8.10 sekilogram sepertimana di bawah Perenggan 3 Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) (No. 12) 2022 di bawah Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
Kesalahan itu dilakukan di Premis Ewanda Maju Berkat Enterprise beralamat di 27D, Jalan Besar, Padang Rengas di sini antara 6.30 pagi hingga 7 pagi, 14 Okt 2023.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 11 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 18 (b) akta sama iaitu denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Mengikut fakta kes, pada 27 Okt 2023 sepasukan Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Kuala Kangsar telah membuat pemeriksaan terhadap sebuah premis pemborong ayam iaitu KK Saga Enterprise, Lot 1026A, Kampung Kuala Dhal, Jalan Taiping Kuala Kangsar, Padang Rengas di sini.
Hasil pemeriksaan mendapati premis ada memproses dan menjual ayam standard secara borong selain mempunyai lesen Berniaga Menjual Borong Ayam yang masih sah hingga 10 Okt 2025, manakala sitaan dokumen-dokumen telah dibuat oleh pasukan serbuan.
Hasil pemeriksaan terhadap resit jualan No. 07174 bertarikh 14 Okt 2023 mendapati premis itu menjual ayam standard pada harga RM8.90 sekilogram kepada peruncit bernama Syawal yang merupakan pemilik perniagaan Ewanda Maju Berkat Enterprise, sementara makluman daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati KK Saga Enterprise dimiliki Sharuddin.
Sharuddin yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya memohon supaya dikenakan denda yang rendah kerana mempunyai tanggungan besar termasuk membayar pekerja, bil api serta air, selain menanggung ibu bapa sendiri dan mentua, pada masa sama pengakuan bersalahnya menjimatkan masa mahkamah dan hanya mampu membayar denda RM3,000.
Timbalan Pendakwa Raya KPDN Perak Hasyutantee Khalil kemudian memohon mahkamah supaya memberi hukuman denda yang tinggi iaitu satu persepuluh daripada denda maksimum dengan mengambil kira kepentingan awam membabitkan isu kos sara hidup.
Pada masa sama, Hasyutantee berkata tindakan tidak bertanggungjawab itu memberi kesan kepada peruncit untuk turut menaikkan harga, selain sebagai amaran kepada pemborong lain supaya lebih berhati-hati.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2024
Pemborong ayam, Sharuddin Saidon didenda RM10,000 kerana menjual barangan terkawal iaitu ayam standard melebihi harga borong maksimum. - Foto Bernama
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemborong didenda RM10,000 jual ayam melebihi harga maksimum
Padah menjual ayam standard melebihi harga maksimum ditetapkan Oktober tahun lepas, seorang pemborong didenda RM10,000.