Strategi menjual durian melalui media sosial membolehkan seorang pemborong durian, Mohamad Afiq Jaizzuan Jamal, 26, memperolehi keuntungan lebih RM100,000 sepanjang musim durian kali ini.
Anak jati Bukit Payong, Marang yang sering membuat siaran langsung di Facebook dan promosi harga istimewa di WhatsApp, telah mula berniaga durian sejak lima tahun lalu dengan modal RM25,000 untuk mendapatkan bekalan raja buah itu dari Segamat, Johor.
Dengan bantuan 10 pekerja, Mohd Afiq akan berulang alik ke Johor setiap hari dan menjual durian antara 10 hingga 15 tan di tepi pagar Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Nerus.
Usahawan bimbingan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu itu juga bersyukur kerana 20 tan duriannya turut laris setiap kali menyertai program jualan FAMA di sekitar Kuala Terengganu selama ini.
"Bagi menzahirkan rasa syukur itu, hari ini saya buat promosi harga istimewa iaitu hanya RM5 sekilogram untuk durian pelbagai jenis berbanding harga biasa antara RM8 hingga RM10 sekilogram.
"Saya berharap FAMA akan terus membantu usahawan muda seperti kami untuk memasarkan durian dengan lebih mudah di lokasi strategik seperti pasar tani tumpuan ramai dengan lebih kerap lagi pada masa akan datang," kata Mohamad Afiq.
Beliau ditemui pemberita di majlis pelancaran jualan Durian Day dan Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang disempurnakan Pengerusi FAMA Ishak Ismail di sini, hari ini.
Sementara itu, Ishak berkata kejayaan usahawan bimbingan FAMA seperti Mohd Afiq adalah satu kebanggaan untuk FAMA sekaligus membuktikan pertanian mampu menjana ekonomi anak muda di negara ini sekiranya dilakukan dengan serius.
"Terdapat 63,000 usahawan tani di seluruh negara yang berdaftar dengan FAMA dan mereka telah mendapat manfaat hasil penganjuran pelbagai program jualan terus kepada pelanggan yang dilakukan FAMA setakat ini.
"Kita bantu mereka daripada pelbagai aspek termasuk logistik, ladang kontrak dan jualan secara terus kepada pembeli di outlet FAMA seperti pasar tani Agrobazaar Rakyat, dan My Farm Outlet di seluruh negara di mana pendapatan mereka diakui meningkat hingga 40 peratus melalui jualan itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 07 2019
Kakitangan FAMA negeri menunjukkan kuih-muih dan kek berasaskan durian pada Jualan 'Durian Day' di pekarangan Pejabat FAMA Negeri hari ini. - Bernama
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Mat Sabu agih durian kepada MP di Parlimen
Durian yang diberikan adalah hasil daripada petani tempatan dan simbolik kepada kualiti tinggi produk negara yang wajar dibanggakan.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Petani Indochina kerja keras manfaatkan permintaan pasaran durian China
Durian telah menjadi produk eksport utama dalam ekonomi Indochina -- Kemboja, Laos dan Vietnam.
Durian Malaysia laris di China, LPNM perlu pikul peranan baharu - Mat Sabu
Fungsi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) perlu diperluas melihat kepada komoditi durian yang mendapat sambutan luar biasa di negara China ketika ini.
Shenzen terima kumpulan pertama durian segar Malaysia
Bandar Shenzhen di selatan China menerima kumpulan pertama durian segar Malaysia apabila sebuah pesawat kargo yang membawa muatan seberat 27 tan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bao'an.
Eksport durian Malaysia dijangka cecah RM1.8 bilion menjelang 2030 - KPKM
Prestasi eksport durian negara dari 2018 hingga 2022 menggalakkan dengan nilai eksport melonjak 256.3 peratus atau peningkatan RM822.8 juta.
Kumpulan pertama durian segar Malaysia masuk ke China penghujung Ogos
Susulan kelulusan daripada Kerajaan China, penghantaran sulung durian segar Malaysia beserta kulitnya dijangka memasuki pasaran China menjelang akhir bulan ini.
Nafas galak ahli peladang ceburi tanaman durian bermutu tinggi
Penanaman durian bermutu tinggi mampu menjana pendapatan lumayan dan mendatangkan keuntungan besar kepada pekebun.
Durian, rambutan segar ‘gugur’ di benua Afrika, perluas pasaran baharu
Para tetamu dihidangkan dengan Durian D197 yang terkenal, juga dikenali sebagai Musang King dan Rambutan Budak Sekolah.
Eksport durian segar ke China tidak jejas pasaran tempatan
Pengeksportan pertama durian segar ke China tidak akan menjejaskan pasaran dan harga buah itu di pasaran tempatan.