awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Astro raih Platinum Putra Brand Awards tujuh kali berturut-turut
Literasi kewangan lemah, pinjaman tersembunyi punca guru bankrap - NUTP
Ribut musim sejuk landa Amerika, 230 juta penduduk berdepan kesulitan, ribuan penerbangan dihentikan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembuat cip AS gesa Washington pertimbang semula sekatan ke atas China

Bernama
Bernama
18/07/2023
13:33 MYT
Pembuat cip AS gesa Washington pertimbang semula sekatan ke atas China
Sekatan hanya akan mengganggu rantaian bekalan, mencetus ketidaktentuan pasaran dan mendorong peningkatan tindak balas berterusan oleh China. - Unsplash
NEW YORK: Persatuan Industri Semikonduktor (SIA) pada Isnin menggesa Washington untuk "mengelak daripada mengenakan sekatan selanjutnya" terhadap penjualan cip ke China, pasaran komersial terbesar dunia bagi semikonduktor komoditi, lapor Xinhua.
"Langkah berulang untuk mengenakan sekatan yang terlalu luas, samar-samar dan kadangkala sekatan unilateral berisiko mengurangkan daya saing industri semikonduktor AS, mengganggu rantaian bekalan, menyebabkan ketidaktentuan pasaran dan mendorong peningkatan tindak balas berterusan oleh China," menurut SIA dalam satu kenyataan.
SIA juga menggesa pentadbiran AS untuk mengelak daripada sekatan selanjutnya sehingga ia melibatkan diri secara lebih meluas dengan industri dan pakar untuk menilai kesan sekatan semasa dan berpotensi.
Kenyataan itu dibuat ketika pentadbiran Joe Biden sedang mempertimbangkan untuk mengemas kini peraturan yang ditetapkan pada Oktober lalu yang bertujuan untuk menyekat industri cip China dengan mengehadkan kerjasama syarikat AS dengan pengeluar cip China.
Ketua Pegawai Eksekutif syarikat semikonduktor terbesar AS dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengan pegawai AS minggu ini untuk membincangkan potensi sekatan baharu ke atas eksport ke China.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#CIP
#Amerika Syarikat
#Washington
#China
#sekatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan