awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembuat kek OKU rugi lebih setengah juta ringgit terperdaya tawaran kerja tidak wujud

Bernama
Bernama
19/07/2025
13:46 MYT
Pembuat kek OKU rugi lebih setengah juta ringgit terperdaya tawaran kerja tidak wujud
Mangsa menerima mesej di aplikasi WhatsApp daripada nombor tidak dikenali dan telah berkenalan dengan suspek, seorang wanita.
GEORGE TOWN: Seorang pembuat kek orang kurang upaya (OKU) kerugian lebih setengah juta ringgit selepas tertipu dengan tawaran kerja tidak wujud melalui aplikasi TikTok, di sini baru-baru ini.
Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata kejadian bermula pada awal Disember tahun lepas apabila mangsa lelaki berusia 45 tahun itu menerima mesej di aplikasi WhatsApp daripada nombor tidak dikenali dan berkenalan dengan suspek seorang wanita.
"Mangsa ditawarkan pekerjaan untuk menjual barangan permainan kanak-kanak melalui aplikasi TikTok dan dijanjikan keuntungan antara 10 hingga 15 peratus.
"Lelaki itu bersetuju dengan tawaran tersebut sebelum diminta mengeluarkan wang untuk menampung kos harga barangan yang ditempah oleh pelanggan," katanya dalam kenyataan malam ini.
Mohd Alwi berkata mangsa yang terperdaya telah membuat 41 transaksi berjumlah RM523,350 daripada akaun peribadi ke lima akaun bank berbeza melalui mesin deposit tunai (CDM) antara 18 Dis 2024 hingga 14 Julai lepas.
Bagaimanapun, beliau berkata mangsa tidak menerima sebarang keuntungan daripada pekerjaan tersebut seperti dijanjikan malah suspek dikatakan masih meminta bayaran tambahan.
"Mangsa tampil membuat laporan polis semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa penipuan
#pekerjaan tidak wujud
#sindiket penipuan
#scam
#mangsa kerugian
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan