KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini tampil memohon maaf kepada pemilik dan pengendali gimnasium susulan salah faham mengenai pembukaan gimnasium di negeri di bawah Fasa Dua dan Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN), yang sebelum ini dilaporkan dibuka bermula hari ini.
Memetik laporan The Vibes, Ahmad Faizal berkata, bagaimanapun pihaknya akan menggesa agar gimnasium dibenarkan dibuka semula secepat mungkin.
"Saya mohon maaf atas salah faham. Saya percaya timbalan saya tersalah sebut atau salah maklumat.
"Kami akan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikannya dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya seperti dilapor portal tersebut, pada Jumaat.
Terdahulu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker dilapor berkata gimnasium di negeri Fasa Dua dan Tiga, di bawah PPN akan dibenarkan beroperasi hari ini dan hanya mereka yang lengkap divaksin sahaja dibenarkan masuk.
BACA: KBS sedia cadangan SOP, gimnasium, boling dijangka kembali beroperasi
Bagaimanapun, Ti menjelaskan semula kenyataannya dengan memaklumkan gimnasium hanya boleh beroperasi semula selepas prosedur operasi standard (SOP) tambahan diwartakan.
"Buat masa ini tiada isu pembukaan gimnasium cuma sedang menunggu SOP tambahan sebelum pengusahanya dibenarkan beroperasi," katanya dipetik sebagai berkata.
Setakat ini, kerajaan membenarkan aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal melibatkan pengoperasian fasiliti sukan dan rekreasi terbuka dan tertutup kepada individu telah lengkap divaksin menerusi tempahan, di negeri Fasa Dua dan Tiga PPN.
Astro Awani
Fri Sep 17 2021
Ahmad Faizal berkata pihaknya akan mterus enggesa agar gimnasium dibenarkan dibuka semula secepat mungkin. - Gambar fail
Kru kapal dikaitkan dengan Israel dibebaskan
Iran berkata pembebasan anak kapal adalah tindakan kemanusiaan dan mereka boleh pulang ke negara mereka bersama kapten kapal.
Agensi Risikan Seoul beri amaran Korea Utara rancang serangan ke atas kedutaan
Agensi Risikan Korea Selatan mengeluarkan amaran Pyongyang sedang merancang serangan yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di luar negara, dan kementerian luar perlu meningkatkan tahap amaran untuk misi diplomatik di lima negara.
20 terkorban bas terjatuh dalam gaung di utara Pakistan
Bas berkenaan dalam perjalanan ke kawasan pergunungan utara Gilgit-Baltistan dari Rawalpindi di wilayah timur Pakistan.
MKT UMNO beri komitmen sokong kempen calon PH
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju untuk memberi komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei ini.
Laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
UNESCO anugerahkan hadiah kepada wartawan Palestin
Wartawan berkenaan dianugerahkan Hadiah Kebebasan Akhbar Dunia UNESCO/Guillermo Cano 2024 pada Khamis di Chile, lapor agensi berita Jerman (DPA).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
Mohamad wakili PM ketengah isu kepentingan Islam
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
Malaysia berpeluang berkembang dengan kemajuan teknologi
Mengambil contoh Malaysia sebagai negara berpendapatan sederhana, beliau berkata keutamaan yang harus dilijat ia seberapa cepat teknologi berkenaan boleh disebarkan ke seluruh ekonomi, dan memanfaatkan sektor seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.berkata jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Pembukaan gimnasium: Ahmad Faizal mohon maaf salah faham
Ahmad Faizal berkata, bagaimanapun pihaknya akan menggesa agar gimnasium dibuka semula secepat mungkin.