KUALA LUMPUR: Pembukaan Parlimen hanya akan dilaksana sekiranya proses imuniti kelompok yang disasarkan kerajaan tercapai.
Namun, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kerajaan ketika ini menghadapi cabaran apabila ada sesetengah pihak yang dipercayai menjalankan kempen anti-vaksin sekali gus melambatkan sasaran untuk dicapai.
"Ada setengah kumpulan, ahli politik kata Parlimen mesti dibuka, saya hendak bagi contoh, kalau Parlimen dibuka, katalah sebulan, selalunya hari Isnin sampai Khamis (empat hari berturut-turut berapa orang ada. Ada Ahli Parlimen, pegawai, pegawai kerajaan, pegawai dan kakitangan Parlimen, kafeteria, pemandu dan lain-lain.
"Melebihi 1,000, saya hendak tunjukkan, kebanyakan ini menjadi hotspot, kalau ini kita kawal, tidak adalah kluster (Parlimen) itu," katanya semasa sidang media selepas lawatan pemantauan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di salah sebuah kompleks beli-belah pada Jumaat.
BACA: Isu rakyat tidak dapat dibincangkan bila Parlimen ditutup - Wan Azizah
BACA: Kerajaan akan tambah Pusat Penerimaan Vaksin berskala mega - Khairy
Terdahulu, Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, penutupan Parlimen sejak sesi berakhir 15 Disember tahun lepas mengakibatkan isu rakyat tidak dapat dibahaskan dengan tuntas.
Jelasnya, ia termasuk isu kesenjangan ekonomi, kesihatan mental rakyat, keganasan rumahtangga dan pendidikan.
Sementara itu, kata Hamzah, jumlah sekatan jalan raya (SJR) di Kuala Lumpur dan Selangor akan ditambah kepada 1,000 hari ini.
Ia usaha memastikan kedudukan negara terutama penurunan keluk kes jangkitan dapat dilandaikan segera.
Dalam pada itu kata Hamzah, penganjuran Kongres PKR secara maya membuktikan parti itu sendiri tidak mempunyai keberanian untuk membuat sebarang perjumpaan bersemuka seperti di Parlimen.
Bagaimanapun, jelas beliau, pembukaan Parlimen secara secara maya tidak dinafikan dapat diadakan namun perlu dilakukan kajian selanjutnya.
"Saya tengok dalam surat khabar, PKR dengan bangga hendak buat kongres secara maya, jadi maknanya apa?
"Dia (PKR) pun tidak berani buat perjumpaan seperti gesaan buka Parlimen, jadi kalau tidak berani hendak buka, dia buat secara maya, jadi kalau kita hendak buka Parlimen secara maya, banyak pula masalah lain.
"Bagaimana hendak buat secara maya? Ramai, pegawai kerajaan, beribu lagi, ini yang akan kita fikirkan, kalau boleh apa salahnya tetapi ia mengambil satu perkiraan untuk apa yang dibuat mesti ada kajian yang betul. Jangan ikut perasaan," tegas Hamzah lagi.
Astro Awani
Fri Jun 04 2021
Hamzah berkata, kerajan turut menghadapi masalah dengan sesetengah pihak yang melakukan kempen anti vaksin. - Gambar fail
Lebih 50 kanak-kanak terbunuh di Jabalia, kakitangan UNICEF diserang
UNICEF menyeru Israel untuk menjalankan siasatan segera terhadap serangan ke atas kakitangannya dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab.
Apple mulakan program gantian, baik pulih masalah kamera pada iPhone 14 Plus
Masalah ini melibatkan peranti yang dikeluarkan antara April 2023 hingga April 2024.
Harris peroleh kelebihan pertama di Michigan - Tinjauan Rasmussen
Kamala Harris kini mendahului pencabarnya Donald Trump di Michigan buat kali pertama dalam dua bulan.
Sejumlah pengguna Hotlink hadapi masalah akses aplikasi
Sebagai alternatif untuk sementara waktu, pihak Hotlink minta pengguna mendail *100# untuk semak kredit dan beli pas internet mudah alih.
Amazon tangguh pengenalan Alexa dikuasakan AI ke 2025
Amazon menangguhkan pengenalan Alexa AI ke tahun 2025 kerana menghadapi beberapa cabaran pembangunan.
Aliran trafik di lebuh raya utama menuju Lembah Klang terkawal pagi ini
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke Lembah Klang terkawal namun jumlah kenderaan dijangka meningkat menjelang tengah hari.
U Mobile akan kurangkan pegangan saham majoriti asing kepada 20 peratus
Menurutnya, menerusi rekod prestasi terbukti menjangkau lebih 17 tahun, U Mobile dalam kedudukan baik bagi pelancaran rangkaian 5G kedua.
Polis tumpaskan cubaan seludup dadah bernilai RM3.2 juta di Tumpat
Anggota Batalion 8 menjalankan serbuan di tepi sungai di Kampung Laut, Tumpat berdasarkan maklumat yang diterima pada kira-kira pukul 10 malam.
Perubahan iklim boleh kurangkan KDNK Asia dan Pasifik sebanyak 17 peratus menjelang 2070 - ADB
Kenaikan paras laut dan penurunan produktiviti buruh dijangka menjadi punca utama kerugian, dengan negara berpendapatan rendah paling terkesan.
Korea Utara tuduh Presiden Korea Selatan gugat keselamatan
Media negara Korea Utara menerbitkan kertas putih pada Ahad, menuduh Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, mendedahkan negaranya kepada risiko perang nuklear melalui dasar-dasarnya terhadap Korea Utara.
Dokumen tersebut, yang disediakan oleh Institut Kajian Negara Musuh Korea Utara dan dikeluarkan oleh agensi berita KCNA, mengkritik kenyataan Yoon mengenai perang.
Dokumen tersebut, yang disediakan oleh Institut Kajian Negara Musuh Korea Utara dan dikeluarkan oleh agensi berita KCNA, mengkritik kenyataan Yoon mengenai perang.
PKR Kelantan perlu lipat ganda usaha tambah keahlian - Nurul Izzah
Pemimpin dan anggota PKR peringkat cawangan diminta melipatgandakan usaha menambah keahlian bagi memastikan parti itu mampu memenangi kerusi di negeri ini pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Pastikan obor perjuangan reformasi terus menyala - Anwar
Presiden PKR ingatkan setiap ahli parti supaya memperkukuh jentera dan memastikan obor perjuangan reformasi terus menyala.
RM16 bilion ialah peruntukan keseluruhan untuk Sabah - Anwar
Anwar Ibrahim hari ini menjelaskan bahawa RM16 bilion diumumkannya untuk Sabah pada Pesta Kaamatan 31 Mei lepas, ialah peruntukan keseluruhan untuk negeri itu bagi tahun ini.
Aminuddin nafi PKR N.Sembilan bergolak
Aminuddin yang juga Naib Presiden PKR berkata kepimpinan parti berada dalam keadaan baik dan pihaknya tidak dimaklumkan berhubung rasa tidak puas hati mana-mana pihak.
PRK Sungai Bakap: PKR ambil kekalahan PH sebagai tekad bermuhasabah diri
PKR menyahut keputusan PRK Sungai Bakap malam tadi sebagai tekad untuk bermuhasabah diri.
Pilihan raya bukan tempat tentukan akidah pengundi - Saifuddin Nasution
Jika ada pihak bertindak sedemikian rupa, maka mereka tidak sepatutnya disokong dalam mana-mana kempen.
PRK Sungai Bakap: BN atur strategi menangkan calon Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN akan mengatur strategi bagi membantu calon Kerajaan Perpaduan merampas semula kerusi Sungai Bakap, pada PRK bulan depan.
PRK Sungai Bakap: BN hormat kerusi PKR - Zambry
Barisan Nasional (BN) menghormati kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap yang sebelum ini dikuasai PKR.
Negeri Sembilan capai sifar miskin tegar hujung bulan ini - MB
Ia susulan pelaksanaan pelbagai inisiatif dan program termasuk kerjasama dengan syarikat bagi menyediakan pekerjaan kepada miskin tegar.
Suparadi dilantik Pengerusi MPN Kelantan ganti Nik Nazmi
Datuk Seri Mohamad Suparadi Md Noor dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Kelantan yang baharu.