awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan akan tambah Pusat Penerimaan Vaksin berskala mega - Khairy

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
30/05/2021
05:52 MYT
Kerajaan akan tambah Pusat Penerimaan Vaksin berskala mega - Khairy
Pembukaan beberapa PPV mega di negeri-negeri juga akan disusuli selepas ini bagi meningkatkan lagi keupayaan pemberian vaksin yang lebih menyeluruh. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menambah bilangan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Selangor dan Kuala Lumpur bagi menampung jumlah pusat yang sedia ada bermula 7 Jun nanti.
Menurut Menteri Sains Dan Teknologi Khairy Jamaluddin, tiga PPV berskala mega akan dibuka di Lembah Klang.
“Di Selangor tiga PPV mega akan dibuka iaitu di The Mines Convention Centre, di UiTM Puncak Alam dan di Setia City Convention Centre.
“Di Kuala Lumpur kita akan tambah dua lagi iaitu di KLCC Convention Centre dan satu PPV mega di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil," katanya dalam siding media yang diadakan di WTCKL sebentar tadi.
Tambah beliau, PPV di Mitech di Jalan Duta juga akan beroperasi bermula esok.
Pembukaan beberapa PPV mega di negeri-negeri juga akan disusuli selepas ini bagi meningkatkan lagi keupayaan pemberian vaksin yang lebih menyeluruh.
“Minggu depan saya akan ke Pulau Pinang untuk membincangkan beberapa PPV mega di Pulau Pinang dan selepas itu saya akan ke Johor untuk berbincang dengan negeri Johor untuk pembukaan PPV mega," jelasnya.
Khairy sebelum itu telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, dan antara lain turut bersetuju untuk bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri Selangor menerusi perkongsian maklumat dan usaha untuk meningkatkan kadar suntikan vaksin.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#UiTM
#Kuala Lumpur
#Bukit Jalil
#Sains
#vaksin
#suntikan
#Pusat Pemberian Vaksin
#PPV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan