awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembukaan sempadan: ATM sentiasa siap siaga

Bernama
Bernama
26/03/2022
07:09 MYT
Pembukaan sempadan: ATM sentiasa siap siaga
Affendi meyakinkan umum bahawa ATM sentiasa kekal bersedia mengukuhkan kawalan di sempadan negara sepanjang masa. - Gambar fail
CYBERJAYA: Kesiapsiagaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada pada tahap tinggi untuk menghadapi sebarang kemungkinan apabila sempadan negara kembali dibuka pada 1 April ini, kata Panglima ATM Jen Tan Sri Affendi Buang.
"ATM sentiasa kekal bersedia mengukuhkan kawalan di sempadan negara sepanjang masa," katanya pada sidang media selepas melancarkan Ekspo Usahawan Veteran Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) 2022 di sini hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Mac lepas mengumumkan Malaysia akan memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik dan membuka semula sempadan negara mulai 1 April.
Affendi berkata pihaknya sedang menunggu perincian mengenai protokol pembukaan sempadan oleh Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi membolehkan ATM melaksanakan gerak kerja berdasarkan protokol tersebut.
Dalam perkembangan lain, Affendi berkata 48.2 peratus veteran ATM terlibat dalam perniagaan selepas tamat perkhidmatan bagi meningkatkan tahap sosioekonomi mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#Affendi Buang
#pembukaan sempadan
#Kawalan sempadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan