MALAYSIA
Pembukaan sempadan esok: Apa tawaran, strategi industri pelancongan kita? Dialog Tiga Penjuru 8.30 malam ini

Saksikan Dialog Tiga Penjuru pada 8.30 malam ini di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com. - Astro AWANI
KURANG dari lima jam sahaja lagi, laluan darat Malaysia-Singapura melalui Tambak Johor dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) akan kembali sesak seperti dunia tanpa pandemik COVID-19.
Ia selepas kedua-dua negara mengumumkan pembukaan semula sempadan darat berkuat kuasa 1 April ini dengan sebahagian besar prosedur operasi standard (SOP) dilonggarkan.
Antaranya, pengembara dari kedua-dua negara yang lengkap vaksinasi akan dibenarkan untuk merentas sempadan darat tanpa perlu menjalani kuarantin atau melaksanakan ujian saringan COVID-19, termasuk ujian prapelepasan dan semasa ketibaan.
Keterujaan bukan setakat itu sahaja, Malaysia turut bersetuju memberi pengecualian bayaran tol melibatkan semua jenis kenderaan selama tujuh hari sempena pembukaan semula sempadan laluan darat antara Malaysia dengan Singapura.Namun, adakah pemain industri pelancongan di negara kita sudah membuat persiapan secukupnya untuk menyambut kedatangan rakyat Singapura?
Apa tawaran yang kita ada dan bagaimana agaknya kerjasama yang dibuat untuk pastikan daya saing pemain industri di Malaysia terus berkembang?
Itu semua akan dikongsikan oleh Naib Presiden Persatuan Hotel Malaysia, Cs Lim; Yang Dipertua Persatuan Pemandu dan Pemilik Teksi Cab Bandaraya Johor Bahru dan ke Singapura, Mohd Suhaimi Saidi dan Pengarah Urusan Noor Arfa Holdings Sdn Bhd, Wan Mohd Hafiz Wan Mohd Ariffin menerusi perbincangan dalam Dialog Tiga Penjuru malam ini.
Saksikannya pada jam 8.30 malam ini di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami