awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembukaan sempadan satu arah yang tepat - Menteri Sarawak

Bernama
Bernama
08/03/2022
22:00 MYT
Pembukaan sempadan satu arah yang tepat - Menteri Sarawak
Abdul Karim berkata Sarawak adalah antara beberapa kerajaan negeri yang telah merangka Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS). - Foto BERNAMA
KUCHING: Pengumuman negara akan memasuki Fasa 'Peralihan ke Endemik' dan pembukaan semula sempadan pada 1 April dilihat sebagai satu tindakan yang tepat kerana secara ekonominya negara tidak mampu untuk terus menutup sempadannya.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Pesembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata tindakan yang sama telah pun diambil oleh beberapa negara lain di seluruh dunia, selepas dua tahun dilanda COVID-19.
"Australia telah buka sempadan mereka pada 12 Feb, juga Filipina serta negara jiran Indonesia dan Singapura. Kita perlu terima kenyataan bahawa COVID-19 akan sentiasa ada, tetapi dengan langkah-langkah berjaga-jaga, perang kita terhadap peningkatan kes, akan tamat tidak lama lagi," katanya mengulas pengumuman Perdana Menteri itu.
Beliau berkata kerajaan Sarawak adalah antara beberapa kerajaan negeri yang telah merangka Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) dalam usaha berterusannya memastikan agenda pembangunan negeri masih mengikut yang dirancang dalam jangka masa panjang.
"Kita memerlukan perkara yang baik ini kerana kehidupan orang ramai dipertaruhkan dan bersama-sama kita perlu terus kerja keras bagi memastikan kehidupan setiap orang kembali normal," katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa mengumumkan bahawa negara akan memasuki Fasa 'Peralihan ke Endemik' dan membuka semula sempadan bermula 1 April.
BACA: Sempadan negara dibuka sepenuhnya 1 April ini - Perdana Menteri
Ismail Sabri berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor, melakukan penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan serta meneliti syor daripada Menteri Kuartet.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Sempadan Negara
#pelancongan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan