awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sempadan negara dibuka sepenuhnya 1 April ini - Perdana Menteri

Nailah Huda
Nailah Huda
08/03/2022
09:57 MYT
Sempadan negara dibuka sepenuhnya 1 April ini - Perdana Menteri
Sempadan negara dibuka sepenuhnya bermula 1 April ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lebih dua tahun sempadan negara ditutup bagi mengekang penularan COVID-19, kerajaan akhirnya mengumumkan sempadan negara akan dibuka semula sepenuhnya pada 1 April depan.
Langkah tersebut diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media di Parlimen pada Selasa, selaras dengan pengumuman peralihan negara ke fasa endemik pada bulan depan.
"Keputusan ini dibuat bersandarkan kepada tiga perkara asas iaitu pertama, ia berpandukan sains dan fakta terkini berkaitan COVID-19; kedua, membandingkan keperluan pembukaan sempadan di negara-negara lain; ketiga, memberi keselesaan kepada pengembara dan tidak merumitkan perjalanan mereka," katanya.
[TERKINI] Sidang Media Khas Perdana Menteri I 8 Mac 2022
BACA: COVID-19: Malaysia memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik bermula 1 April 2022 - Perdana Menteri
Beliau berkata, paling penting, Malaysia sekarang adalah destinasi terbuka dan boleh dikunjungi semua.
Katanya, dengan pembukaan semula sempadan negara ini, rakyat Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah kini boleh keluar masuk negara seperti biasa, serta dibenarkan untuk pergi ke mana-mana negara yang turut membuka pintu sempadannya kepada pengembara luar.
"Dalam masa yang sama, rakyat negara luar dengan dokumen perjalanan yang sah juga boleh melakukan pergerakan keluar masuk ke Malaysia tanpa perlu lagi memohon MyTravelPass yang akan dimansuhkan.
"Sebaliknya, hanya perlu muat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera serta melengkapkan Pre-Departure Form melalui fungsi “Traveller” dalam MySejahtera," katanya.
Katanya, bagaimanapun, mengambil kira situasi penularan COVID-19 terutama gelombang Omicron yang masih melanda negara dan kebanyakan negara di seluruh dunia, terdapat beberapa prosedur yang wajib dipatuhi sama ada rakyat Malaysia sendiri mahupun pengembara luar yang ingin masuk ke Malaysia.
Dengan pembukaan sempadan, katanya pengembara yang lengkap vaksinasi COVID-19 tidak perlu menjalani kuarantin dan hanya perlu menjalani ujian saringan COVID-19 RT-PCR dua hari sebelum berlepas, serta ujian RTK-Ag dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.
Bagi pengembara yang belum menerima vaksin, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dijadualkan memperincikan prosedurnya pada Rabu.
Topic Berkaitan
#pembukaan sempadan negara
#Perdana Menteri
#1 April 2022
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan