Skip to main content

Malaysia

Pembukaan semula Selat Hormuz langkah baik, bekalan jadi keutamaan - Akmal Nasrullah

KUALA LUMPUR, 9 April -- Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir ditemui media sebelum menghadiri program Ruang Bicara bertajuk Mendepani Krisis Tenaga Global: Ikhtiar Perkukuh Ketahanan Ekonomi di Wisma Bernama malam ini._BERNAMA
Akmal Nasrullah turut menegaskan bahawa kementerian akan menilai impak keseluruhan terhadap ekonomi negara dan memastikan tahap kesiapsiagaan sentiasa berada pada tahap terbaik terutamanya dari segi jaminan bekalan. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Langkah Iran untuk memastikan laluan strategik Selat Hormuz kekal dibuka adalah langkah yang baik, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Beliau berkata pihaknya sentiasa memantau situasi tersebut termasuk komitmen yang dinyatakan oleh Kementerian Luar Iran berhubung pembukaan semula selat itu sepanjang tempoh gencatan senjata yang dipersetujui.

Advertisement

“Pada masa ini, kita melihat suasana yang baik apabila wujud komitmen untuk membuka semula Selat Hormuz kerana kita tahu bahawa isunya adalah bekalan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan National Investment Programme anjuran Bursa Malaysia di sini hari ini.

Katanya pasaran mencatatkan peningkatan susulan perkembangan itu dan kementerian memahami bahawa keadaan masih tidak menentu dengan turun naik yang berterusan.

“Ia (pasaran) masih tidak menentu, masih ada ketidaktentuan dengan pergerakan turun naik,” katanya.

Akmal Nasrullah turut menegaskan bahawa kementerian akan menilai impak keseluruhan terhadap ekonomi negara dan memastikan tahap kesiapsiagaan sentiasa berada pada tahap terbaik terutamanya dari segi jaminan bekalan.

“Sudah pasti dari segi jaminan untuk mendapatkan bekalan itu lebih utama dan memastikan aktiviti ekonomi berlangsung seperti yang diharapkan,” katanya.

Semalam, Menteri Luar Iran Abbas Araghchi mengisytiharkan bahawa Selat Hormuz “dibuka sepenuhnya” untuk semua kapal komersial, selaras dengan pelaksanaan gencatan senjata di Lubnan.

Sehari sebelumnya, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan gencatan senjata selama 10 hari antara Israel dan Lubnan.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video