PONTIAN:Kerajaan negeri Johor mengakui peningkatan kes COVID-19 di negara ini sejak kebelakangan ini telah menyebabkan usaha untuk membuka semula sempadan Malaysia dan Singapura tertangguh.
Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohammad berkata peningkatan kes itu juga melibatkan beberapa daerah serta petugas agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) yang turut menjalani proses kuarantin.
"Kita memang berhajat untuk membuka sempadan secepat mungkin kerana ekonomi Johor bergantung kepada negara jiran melalui peluang pekerjaan dan ekonomi rentas sempadan, itu kelebihan Johor.
"Tetapi apabila meningkatnya kes COVID-19, tertangguhlah usaha kita untuk membuka sempadan itu," katanya ketika berucap pada Program Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Penulis Johor Kali ke-43 di Rumah Citra Sri Pinang di sini, pada Jumaat.
Bagaimanapun, pihaknya tetap berterima kasih kepada kerajaan pusat kerana bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) secara bersasar di negeri ini dan bukannya secara menyeluruh, kata beliau.
Sehingga semalam, sebanyak 1,209 kes positif COVID-19 dilaporkan di Johor dengan 60 daripadanya merupakan kes baharu.
Penutupan sempadan Malaysia-Singapura pula bermula sejak 18 Mac lepas apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan jangkitan COVID-19.
Langkah itu menyebabkan ratusan ribu rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura terjejas kerana tidak dapat berulang-alik secara harian melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura.
Sementara itu, Hasni memaklumkan pelaksanaan program bakul makanan bagi rakyat Malaysia di Singapura akan dimulakan dalam waktu terdekat dengan menyasarkan mereka yang benar-benar terkesan akibat penutupan sempadan.
"Pada peringkat awal, kita akan menyediakan sebanyak 1,000 bakul makanan untuk diagihkan kepada individu yang benar-benar terkesan.
"Inisiatif ini adalah bagi meringankan beban mereka dan juga merupakan satu bentuk penghargaan atas kegigihan mereka terus bekerja untuk menyara kehidupan keluarga," katanya.
Ketika membentangkan Belanjawan Johor 2021 semalam, Hasni berkata bakul makanan itu akan dihantar melalui badan bukan kerajaan (NGO) Southern Volunteers bersama-sama Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura dan Persatuan Malaysia-Singapura.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 27 2020

Penutupan sempadan Malaysia-Singapura bermula sejak 18 Mac lepas apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). - Bernama

Sektor perniagaan di Sibu perlu pohon permit perjalanan berkaitan tugas
Sektor perniagaan di Sibu perlu memohon permit polis untuk perjalanan berkaitan tugas semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sathianathan harap kerajaan benar Liga-M 2021 berlangsung
Perjalanan liga yang terganggu turut menjejaskan semua pihak terbabit sekali gus berkemungkinan besar 'membunuh' keseluruhan industri bola sepak tempatan.

PKRC MAEPS masih mampu tampung pesakit bergejala rendah
Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) masih mampu menampung pesakit COVID-19 bergejala rendah di Selangor.

COVID-19: Bank Islam beri bantuan kewangan RM37.9 bilion
Hampir 24,000 permohonan dengan jumlah pembiayaan melebihi RM3 bilion telah diluluskan di bawah program tersebut.

Air tangan daging salai masak lemak Khalid Jamlus
Bekas penyerang Harimau Malaya, Khalid Jamlus, kini mengambil inisiatif mengusahakan gerai makan yang menyajikan masakan daging salai masak lemak.

Orang hilang | Mayat nelayan ditemui anak sendiri di laut
Mayat seorang nelayan ditemui di dalam perahunya di perairan Laut Batu Payung, Tawau oleh dua anak lelakinya. Amirkhan Binjamin berkata bapanya Binjamin Osman, 65 tahun, keluar dari rumah di Kampung Tanjung Batu Laut sejak 5 petang Sabtu untuk memukat, namun gagal pulang sehingga tengah malam tadi.

Jenayah | Sarang judi sabung ayam terbongkar
Pertaruhan sehingga RM2000 Jadi tidak hairan kegiatan judi laga ayam di kawasan belukar di Segambut Dalam, Kuala Lumpur menjadi tumpuan kaki judi.

Politik | Tok Mat nafi dipilih sebagai calon PM
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan dakwaan beliau telah dipilih sebagai calon Perdana Menteri untuk Muafakat Nasional (MN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 nanti. Beliau yang mesra dikenali sebagai Tok Mat itu berkata, berita yang tular itu adalah palsu.

10 Berita Pilihan - (24 Januari 2021)

Pasca banjir | Kerajaan Johor pohon peruntukan RM48 juta
Kerajaan Johor memohon peruntukan RM48 juta daripada kerajaan persekutuan bagi membaiki infrastruktur yang rosak di enam daerah akibat banjir. Exco kerja Raya Pengangkutan Dan Infrastruktur negeri Johor, Mohd Solihan Badri berkata,peruntukan itu untuk membaiki jalan, cerun bukit dan jambatan yang rosak

Sathianathan harap kerajaan benar Liga-M 2021 berlangsung
Perjalanan liga yang terganggu turut menjejaskan semua pihak terbabit sekali gus berkemungkinan besar 'membunuh' keseluruhan industri bola sepak tempatan.

Tutup ekonomi: Lebih ramai 'mati' akibat kemiskinan berbanding COVID-19 - CME
Bukti saintifik juga menunjukkan penutupan ekonomi tidak efektif dalam mencegah penularan COVID-19.

Menempuhi dugaan norma pendidikan baharu bersama
Tidak semua ibu bapa dapat melibatkan diri secara sepenuhnya ketika murid-murid sedang dalam proses PdPR, ada yang bekerja dan dan ada juga yang terpaksa keluar demi kelangsungan hidup.

Stesen RTS Singapura 10 kali lebih besar berbanding stesen MRT biasa - Menteri Pengangkutan
Stesen itu akan merangkumi bangunan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) yang membolehkan pelancong diperiksa dan disahkan oleh CIQ Singapura dan Malaysia pada satu hentian.

COVID-19: Kes positif global 98.53 juta, angka korban 2.11 juta
Susulan ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam, angka kumulatif global kini sebanyak 98.53 juta kes.

Rakyat Malaysia antara 7 pakar dipilih anggotai badan kesihatan ulung di Jepun
Dr Dhesi Baha Raja berkongsi kegembiraan dipilih sebagai salah seorang penasihat Mitsubitshi Centre of Global Health Architecture

COVID-19: Thailand perketat kawalan di sempadan Thailand-Malaysia
Penularan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia telah menyebabkan migran berhasrat pulang ke kampung halaman.

16 nelayan Vietnam ditahan APMM
Anggota APMM yang membuat rondaan menggunakan Kapal Maritim (KM) Langkawi berjaya menahan mereka pada jarak 93 dan 118 batu nautika dari timur laut Kuala Terengganu kira-kira pukul 4 petang, Jumaat.

Thaipusam: MB Kedah tidak faham Rukun Negara? - Naib Presiden MIC
Naib Presiden MIC, Datuk A. Kohilan Pillay sangsi dengan kenyataan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berhubung perayaan Thaipusam yang dilihat tidak faham Rukun Negara.

504 ditahan ingkar PKP, ini 5 tumpuan kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan
504 individu ditahan kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).