AYER HITAM: Kementerian Pengangkutan (MOT) menerima sebanyak 191,293 permohonan kemasukan kenderaan persendirian dari Singapura susulan pembukaan sempadan Malaysia-Singapura mulai tengah malam tadi.
Bagaimanapun, Menterinya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata hanya sekitar 65,000 kenderaan sahaja telah mendapat kebenaran masuk setelah masing-masing memiliki dan memasang tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Permit Kemasukan Kenderaan (VEP).
Namun, bagi menggalakkan kemasukan kenderaan berkenaan, pihak MOT memberikan kelonggaran untuk baki kenderaan yang memohon iaitu sekitar 125,000, untuk memasuki negara ini tanpa perlu memasang RFID selama tujuh hari bermula hari ini.
"Kita beri masa sehingga 7 April ini untuk mereka memasuki Malaysia tanpa sebarang caj perjalanan, namun bermula 8 April mereka perlu mendapatkan RFID, jika tidak mereka akan dikenakan tindakan atau tidak dibenarkan masuk.
"Kita memahami sebab baki kenderaan berkenaan tidak lagi memasang RFID kerana pintu sempadan Malaysia-Singapura tidak dibuka (sebelum ini), sekali gus pemasangannya tidak dapat dilakukan...saya berharap dalam masa tujuh hari ini mereka dapat ambil peluang untuk memasangnya," katanya, hari ini.
SEMUA MENGENAI PEMBUKAAN SEMPADAN NEGARA DI SINI
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis Sambutan Hari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ke-76, di Dewan Muafakat Ayer Hitam, di sini.
Sementara itu, Wee berkata bagi pintu masuk laluan udara, sebanyak 60 penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan tiba, manakala sebanyak 50 penerbangan lagi akan berlepas keluar, hari ini.
Sementara itu, di KLIA2 pula, katanya sebanyak 16 penerbangan antarabangsa akan tiba dan 18 penerbangan lagi akan berlepas keluar.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 01 2022

Laluan yang menghubungkan Malaysia-Singapura kelihatan lengang hari ini. - Foto BERNAMA

Gitaris legenda Carlos Santana rebah atas pentas ketika konsert
Gitaris legenda itu sedang membuat persembahan untuk lagu pertama di Pine Knob Music Theatre sebelum rebah di atas pentas.

Niaga AWANI: Automotif | Perodua optimis daftar 200 ribu unit kenderaan
Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) optimis untuk mendaftarkan lebih 200,000 unit kenderaan menjelang 31 Mac 2023, sekali gus membolehkan kebanyakan pelanggan menikmati pengecualian Cukai Jualan Dan Perkhidmatan (SST). Presiden Dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata pengeluar kereta kompak nasional itu menerima tempahan luar biasa terutama ketika ramai pelanggan mahu memanfaatkan cuti cukai yang ditawarkan kerajaan.

Jiwa SME | Media sosial bantu jualan topi keledar tembusi pasaran luar
Untung dan rugi adalah resam yang lazimnya dihadapi mereka yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Namun pandemik Covid-19 dibaratkan sebagai ujian paling getir dihadapi usahawan dan peniaga kerana bukan sahaja tiada keuntungan......malah, terpaksa menggunakan duit simpanan bagi memastikan perusahaan yang dibangunkan terus mampu bertahan. Ikuti kisah Syairazi Mohd, yang menjalankan perniagaan menjual topi keledar disebalik cabaran pandemik itu.

Niaga AWANI: OPR | Kenaikan kadar faedah beri impak langsung kepada peminjam
Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 2.25 peratus akan memberi impak langsung dan segera kepada pembuat pinjaman di institusi perbankan atau pemberi pinjaman kredit. Pensyarah Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Irwan Syah Zainal Abidin berkata antara impak jangka panjang lain yang bakal dilihat termasuk penurunan kadar inflasi.

Sukan Komanwel: Tidak mustahil acara judo lakar kejutan - CDM
Misi membawa pulang pingat dalam acara judo pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 bukan satu tugas mudah, namun ia tidak mustahil.

Niaga AWANI: OPR | Interest rate hike dampen property sector
We speak to Real Estate and Housing Developers’ Association (Rehda) Malaysia acting president Datuk Tong Nguen Khoong on the overnight policy rate (OPR) and dampening effect on the property sector.

AWANI Pagi: Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan
Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan seolah-olah menjadi fenomena di Malaysia ketika ini. Apakah faktor kejayaan filem berlatar sejarah ini? Bolehkah ia dilabel sebagai biopik terhebat alaf ini selepas mengutip berjuta-juta ringgit selepas dua minggu tayangannya? #AWANInews #MalaysiaSihat #AWANIpagi

Banjir Baling: Penduduk kampung terjejas lega Perdana Menteri umum bantuan awal
Pada masa sama, mereka memohon kerajaan memudahkan proses untuk mendapatkan bantuan berkenaan.

Isu pelanggan tidak puas hati layanan pegawai JPJ selesai
Qiau Wei berkata, dia sudah berjumpa dengan pegawai JPJ tersebut untuk menyelesaikan perkara berkaitan pada Rabu.

Warga emas parah disondol babi hutan
Kejadian berlaku pada jam 9 pagi itu menyebabkan mangsa, Umar Ngah, 78, cedera parah pada lengan kiri dan luka di kepala, telinga serta beberapa anggota badan.

Lebih sejuta pelancong tiba di Malaysia sejak 1 April
Lebih sejuta pelancong tiba di negara ini, iaitu melebihi separuh daripada sasaran dua juta pelancong antarabangsa yang ditetapkan kerajaan pada tahun ini.

Sektor pelancongan domestik pantas catat pemulihan
Bagi pelancongan antarabangsa, pemulihan sedang berjalan dengan pembukaan sempadan Malaysia-Thailand, Malaysia-Singapura pada 1 April lepas.

Pembukaan semula 9 pusat pemeriksaan sempadan Thai-Malaysia dorong pemulihan ekonomi
Ia akan merangsang sektor pelancongan dan seterusnya meningkatkan perdagangan sempadan antara Thailand dan Malaysia.

JPJ Perlis pantau kenderaan keluar masuk Malaysia-Thailand
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis sentiasa melakukan pemantauan sejak pintu sempadan Malaysia-Thailand dibuka.

Pintu sempadan Padang Besar dibuka hari ini
Satu lagi pintu sempadan Malaysia-Thailand iaitu Padang Besar akan dibuka hari ini, bermula 6 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Pembukaan sempadan bawa limpahan rezeki buat negeri Johor - MB
Johor Bahru kembali sesak menjelang Aidilfitri berikutan kemasukan warga Singapura untuk berbelanja di bandar itu.

Indikator ekonomi Malaysia bagi Jan-Mac 2022 tunjuk prospek positif - Perangkaan
Namun begitu, senario global yang berterusan akan meningkatkan harga komoditi yang mendorong kepada jangkaan inflasi.

Pembukaan sempadan: Polis Johor nafi kadar jenayah meningkat
Polis Johor menafikan dakwaan kadar jenayah di negeri itu akan meningkat apabila sempadan Malaysia-Singapura dibuka berikutan kedudukan jenayah indeks terkawal dan tidak menunjukkan sebarang kenaikan.

Rakyat Malaysia rancang, tempah pakej percutian hingga 2023
Pelbagai destinasi di seluruh dunia kini menjadi tumpuan rakyat Malaysia yang rindu untuk bercuti.

40 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu sempena pembukaan sempadan
Seramai 40 warga asing ditahan di sekitar Port Dickson kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan dan tiada pengenalan diri sah.