PUTRAJAYA: Bekas anggota polis, Mohamed Ya’cob Demyati yang membunuh penyanyi kumpulan Spoon era 90-an, Allahyarham Along terlepas hukuman penjara sepanjang hayat selepas Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis, meminda hukuman tersebut kepada penjara 33 tahun.
Keputusan sebulat suara diputuskan panel lima hakim, diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat selepas membenarkan permohonan semakan Mohamed Ya'acob, 57 selaku pemohon.
Tengku Maimun berkata, mahkamah menggantikan hukuman berkenaan bermula dari tarikh tangkap pada 4 Januari 2000 beserta sebatan.
Ini bermakna pesalah lelaki itu telah menjalani hukuman di Penjara Kajang lebih 23 tahun.
Bagaimanapun, Mohamed Ya'acob terlepas hukuman sebatan kerana dia telah berusia lebih setengah abad.
Berdasarkan Seksyen 289(c) Kanun Prosedur Jenayah 2007, pesalah wanita, individu yang dijatuhi hukuman mati dan pesalah berumur lebih 50 tahun, tidak boleh dikenakan sebatan.
Selain Tengku Maimun, turut bersidang ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Hakim-Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim, Datuk Nordin Hassan serta Datuk Abu Bakar Jais.
Pengantian hukuman tersebut dibuat susulan Akta Pemansuhan Hukuman Mati 2023 dikuat kuasakan, empat bulan lalu.
Pada 2 November 2010, Mohamed Ya'cob kekal dihukum gantung atas kesalahan membunuh Along atau nama sebenarnya Sabi'ul Malik Shafiee setelah rayuan akhirnya ditolak Mahkamah Persekutuan.
Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi memutuskan demikian setelah berpuas hati bahawa keterangan ikut keadaan yang disandarkan pendakwa raya ialah kukuh untuk mensabitkan perayu atas tuduhan berkenaan.
Mahkamah ketika itu sebulat suara berpendapat, keterangan-keterangan tersebut juga mencukupi untuk menolak andaian kononnya penyanyi kumpulan remaja itu diculik dan dibunuh oleh individu lain.
Ini kerana Mohamed Ya'acob merupakan orang terakhir dilihat bersama Along pada malam kejadian manakala penemuan mayat mangsa dalam guni di tempat yang sama mereka ditinggalkan, menguatkan lagi kes pendakwaan.
Sehubungan itu, Zaki yang bersidang bersama Hakim Datuk Seri Md Raus Sharif dan Hakim Datuk Abdull Hamid Embong berpuas hati bahawa tiada sebab bagi panel tersebut menolak penemuan hakim bicara ketika mensabitkan perayu.
Dengan itu, panel berkenaan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban, Negeri Sembilan pada 10 April 2002 yang mensabitkan anggota polis tersebut serta Mahkamah Rayuan yang mengekalkannya pada 29 Ogos 2008.
Mengikut pertuduhan Mohamed Ya'acob yang merupakan bertugas di cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dituduh membunuh Sabi'ul Malik, 19, di tepi jalan di Kilometer 28 Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada jam 1 pagi, 26 Disember 1999.
Sebelum ini, Along dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999. Polis kemudian menjumpai rangka manusia yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang pada 6 Januari 2000. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Nov 16 2023
Lans Koperal Mohamed Ya’cob Demyati dibawa ke Mahkamah Persekutuan pada tahun 2011, bagi mengetepikan sabitan dan hukuman gantung, kerana membunuh Along Spoon, 23 tahun lalu. - Gambar fail/ Sinar Harian
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Pembunuh Along Spoon sudah keluar dari Penjara Kajang
Bekas banduan, Mohamed Ya'cob Demyati, 57, yang membunuh penyanyi era 90-an, Allahyarham Along Spoon atau Sabi'ul Malik Shafie telah keluar dari Penjara Kajang tepat jam 6 petang tadi.
Pembunuh Along Spoon terlepas hukuman penjara sepanjang hayat
Pembunuh Along Spoon terlepas hukuman penjara sepanjang hayat selepas Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis, meminda hukuman tersebut kepada penjara 33 tahun.