DHAKA: Sebuah mahkamah di Bangladesh pada Rabu menjatuhkan hukuman mati terhadap 20 individu berhubung dengan kes pembunuhan seorang pelajar universiti pada 2019.
Pada 7 Okt 2019, Abrar Fahad, seorang penuntut Universiti Kejuruteraan dan Teknologi Bangladesh (BUET), dipukul sehingga mati oleh pelajar lain susulan beberapa hantaran di Facebooknya yang mengkritik kerajaan.
Kes pembunuhan itu mencetuskan bantahan di seluruh negara.
"Kami puas hati dengan keputusan itu dan kami berharap ia akan dikekalkan di mahkamah tinggi," kata bapa mangsa Barkat Ullah kepada Agensi Anadolu.
Keputusan itu diumumkan mahkamah di Dhaka. Lima lagi tertuduh dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Sementara, tiga lagi suspek masih bebas.
Barkat Ullah berkata anaknya menaruh impian untuk melanjutkan pengajian di Turki.
"Dia telah belajar bahasa Turki dan sering beritahu kami dia akan ke Turki untuk sambung belajar dan dan akan kembali ke Bangladesh untuk mencurah bakti di tanah airnya," kata bapanya.
Pendakwa raya Mosharrof Hossain Kajal turut berpuas hati dengan keputusan itu.
"Keputusan itu penting untuk memastikan perbuatan kejam dan keji itu tidak berlaku lagi di kampus universiti," katanya.
Sementara itu, peguam bela Faruque Hossain berkata mereka akan mencabar keputusan itu di mahkamah lebih tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 08 2021
Mangsa dipukul sehingga mati oleh pelajar lain susulan beberapa hantaran di Facebooknya yang mengkritik kerajaan. - Gambar hiasan
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Tidak puas hati bayaran komisen punca lelaki dibunuh
Tidak puas hati berkaitan pembayaran komisen dipercayai menjadi punca seorang lelaki dibunuh sebelum mayatnya disembunyikan dalam but kereta di Telok Panglima Garang, Selasa lalu.
Afrika Selatan akan hantar pulang pembunuh wira anti-aparteid Chris Hani ke Poland
Janusz Walus menembak mati Hani di luar rumahnya di Boksburg, timur Johannesburg, pada April 1993.
Pemuda tikam ibu kandung direman tujuh hari
Mahkamah Majistret di sini pada Khamis membenarkan perintah reman tujuh hari terhadap pemuda yang dipercayai menikam ibu kandungnya dalam kejadian di Felda Ayer Hitam.
Kes bunuh pelajar vokasional: Saksi cuba tenangkan tertuduh kedua
Saksi pendakwaan ke-15 juga melihat dan cuba menenangkan mangsa, yang ketika itu tersandar di almari dalam keadaan tidak berbaju, merayu memohon maaf kepada tertuduh kedua.
Bunuh pelajar kolej vokasional: Mangsa minta tolong, tak tahan sakit dipukul - Saksi
Seorang pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu mahkamah mangsa yang ditemukan mati di kolej itu, ada meminta tolong kerana kesakitan.
Wanita Indonesia yang terlepas hukuman mati di Arab Saudi, pulang ke tanah air
Selepas bertahun-tahun usaha diplomatik yang diketuai kementerian dan Konsulat Jeneral Indonesia di Jeddah, hukuman wanita itu dikurangkan.
Kes bunuh: Mahkamah diberitahu dua saksi nampak pelajar dipukul
Dua saksi pendakwaan kes bunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul berkata mereka tidak melaporkan kejadian itu kepada warden asrama kerana takut mereka juga akan turut dipukul.
Ibu bapa Zayn Rayyan kemuka representasi
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menyemak semula pertuduhan dihadapi mereka.
Kes bunuh pelajar kolej vokasional: 107 kecederaan ditemukan pada tubuh mangsa
Seorang pakar patologi forensik memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa terdapat 107 kecederaan ditemukan pada mayat pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul.
Bunuh pelajar kolej vokasional: Hakim beri amaran keluarga tertuduh tidak ugut saksi
Hakim memberi amaran kepada keluarga 13 pelajar yang dituduh membunuh seorang pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu supaya tidak mengganggu saksi.