Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih tidak menerima maklumat daripada kedutaan mahupun kerajaan Korea Utara berhubung tujuh individu yang dikehendaki berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata setakat ini pihak kedutaan Korea Utara belum memberikan sebarang kerjasama yang diminta PDRM bagi membantu siasatan kes itu.
"Mereka belum beri apa-apa kerjasama... kita akan maklum nanti apa tindakan polis seterusnya sekiranya mereka masih tidak memberikan kerjasama," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
BACA: Dua suspek wanita dihadap ke mahkamah atas dakwaan membunuh Kim Jong Nam
BACA: Polis tidak pasti dakwaan dua suspek bersembunyi di kedutaan - Khalid
BACA: Empat suspek pembunuhan Kim Jong Nam telah meninggalkan negara ini - Polis
Pada 22 Feb lepas, Khalid berkata polis akan meminta kerjasama daripada pihak berkuasa Korea Utara untuk menyerahkan empat suspek warga Korea Utara yang melarikan diri ke luar negara pada hari kejadian dan kembali ke nagara asal bagi proses siasatan.
Khalid berkata pihak berkuasa negara itu perlu memberi kerjasama dan membenarkan polis menjalankan soal siasat terhadap kesemua suspek supaya siasatan kes itu dapat dilengkapkan.
Empat suspek Korea Utara yang dikatakan telah kembali ke Pyongyang ialah Ri Ji Hyon, 33, Hong Song Hac, 34, O Jong Gil, 55, dan Ri Jae Nam, 57.
Turut diburu ialah Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara di Malaysia yang dikenali sebagai Hyon Kwang-song, 44, pekerja syarikat penerbangan Korea Utara (Koryo Air), yang dikenali sebagai Kim Uk-il, 37, dan suspek ketiga iaitu Ri Ji-U, 30, atau dikenali sebagai James.
Sementara itu, ketika diminta mengulas tindakan Korea Utara menghantar delegasi seorang pegawai kanannya ke Kuala Lumpur untuk berbincang dengan pihak berkuasa Malaysia mengenai hal berkaitan pembunuhan Kim Jong-nam semalam, Khalid berkata mereka tidak mempunyai keperluan untuk berjumpa dengan pihak polis sebaliknya berurusan dengan Wisma Putra.
Semalam, bekas Duta Besar Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Ri Tong Il, tiba di Kedutaan Korea Utara di sini dan mengisytiharkan bahawa beliau akan menjadi jurucakap rasmi negara itu.
Tong Il berkata tugasnya tertumpu kepada tiga perkara termasuk meminta mayat Jong-nam diserahkan kepada Korea Utara, persoalan berhubung penahanan seorang rakyat Korea Utara oleh polis Malaysia dan 'hubungan persahabatan' di antara Pyongyang dan Kuala Lumpur.
Pada 13 Feb lepas, Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (klia2) bagi menaiki penerbangan ke Macau apabila tiba-tiba dia dihampiri dua wanita yang dilapor menyapu mukanya dengan tangan mereka yang dipercayai disembur bahan beracun yang kemudian disahkan sebagai agen saraf VX.
Jong-nam, yang memegang pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya. -- Bernama
Bernama
Wed Mar 01 2017

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata setakat ini pihak kedutaan Korea Utara belum memberikan sebarang kerjasama yang diminta PDRM bagi membantu siasatan kes itu.- Gambar fail

TheNoor akan pindah ibu pejabat ke Madinah sebagai langkah strategik
Langkah ini akan turut memperlihatkan TheNoor menerima akses kepada persekitaran teknikal yang membantu kepada perkembangan inovasi.

Tak patut hentam JDT, ACL 'level' berbeza
Kekalahan tersebut menyaksikan hasrat juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu untuk mara ke saingan kalah mati terkubur.

4 pendatang asing maut, terjun bot haram
Saksi mendakwa mangsa terjun selepas dipaksa untuk berbuat demikian oleh pihak berkuasa.
![[LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas [LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701303061_Netanyahu.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas
Israel mahu Hamas bukan hanya membebaskan penduduk Israel, tetapi juga anggota tentera yang ditahan.

Gaza di ambang bencana kemanusiaan - PBB
Tegas Antonio Guterres, dunia tidak boleh berpaling daripada isu yang melanda penduduk Gaza ketika ini.

Surah al-Jumuah bentuk pemikiran positif, sangka baik
Nouman Ali Khan berkata, menerusi kajian yang dilakukan dalam surah al-Jumuah, masyarakat perlu memahaminya dalam tiga peringkat.
Bapa anak lapan dipenjara 14 tahun
Seorang bapa kepada lapan anak dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Tinggi Tawau pada Rabu selepas didapati bersalah menyebabkan kematian isterinya di kediaman mereka di Semporna, enam tahun lepas.
Calon BN akan ada tugas penting sekiranya menang - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan calon Barisan Nasional (BN), Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor tidak hanya menjadi ahli parlimen biasa sekiranya menang.

Israel tetap mahu berperang dengan Hamas
Benjamin Netanyahu tegaskan tentera Zionis akan terus memerangi Hamas sehingga ke akhirnya.
Bencana banjir, pengecualian visa pelancong asing jadi tumpuan
Isu bencana banjir yang melanda ketika ini serta pengecualian visa 30 hari antara isu jadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.

Media berkumpul di luar kedutaan Korea Utara semakin kurang
Keghairahan wartawan tempatan dan asing menunggu di luar Kedutaan Korea Utara bagi mengawasi kelibat pegawai kedutaan untuk komen berhubung pembunuhan Kim Jong-nam semakin reda.

Kaunselor Kedutaan Korea Utara marah gambar dirakam media
Kaunselor Kedutaan Korea Utara di Malaysia Kim Yu-song berang apabila pengamal media merakamkan gambarnya yang sedang meletakkan sampah di hadapan kedutaan itu malam tadi.

Pembunuhan Jong Nam: Kedutaan Korea Utara belum beri kerjasama - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih tidak menerima maklumat daripada kedutaan mahupun kerajaan Korea Utara berhubung tujuh individu yang dikehendaki berhubung kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Pembunuhan Jong Nam: Polis tidak pasti dakwaan dua suspek bersembunyi di kedutaan - Khalid
Polis belum dapat mengesahkan dakwaan bahawa dua suspek yang dicari untuk membantu siasatan pembunuhan Kim Jong Nam sedang 'bersembunyi'di Kedutaan Korea Utara di sini.

Infografik: Siapa Kim Jong-Nam?
Jong Nam yang merupakan abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong Un, meninggal dunia pada 13 Feb lepas ketika dalam perjalanan ke hospital.

Tiada kecederaan dikesan pada tubuh Kim Jong Nam - KKM
Kementerian Kesihatan mendedahkan siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan suntikan atau kecederaan pada tubuh Kim Jong Nam.

Empat berlepas dari KL sejam selepas pembunuhan Jong Nam - Sumber
Keempat-empat lelaki yang dipercayai dalang pembunuhan Kim Jong Nam disahkan telah keluar dari negara ini dan dilaporkan sudah berada di Korea Utara.

Pembunuhan Kim Jong Nam: Korea Utara desak sertai siasatan bersama
Korea Utara mendesak untuk menyertai siasatan bersama berhubung kematian Kim Jong Nam, abang kepada pemimpin negara itu, Kim Jong Un, ujar Duta Besarnya di Malaysia, Kang Chol.

Empat suspek pembunuhan Kim Jong Nam telah meninggalkan negara ini - Polis
Empat suspek kes pembunuhan Kim Jong Nam telah meninggalkan negara ini pada hari kejadian dia dibunuh.

Pembunuhan Kim Jong Nam: Hanya satu pihak sepatutnya keluarkan kenyataan - Penganalisis
Ini kerana berlaku percanggahan dan kekeliruan dalam kenyataan yang dikeluarkan pasca pembunuhan Kim Jong Nam.