awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Pembunuhan' kucing di UM dilakukan psikopat? - Aktivis haiwan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
27/12/2024
10:31 MYT
'Pembunuhan' kucing di UM dilakukan psikopat? - Aktivis haiwan
Rajesh Nagarajan berkata, berdasarkan laporan bedah siasat yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar adalah sesuatu yang mustahil perbuatan itu dilakukan binatang lain seperti anjing. - Foto Choo Choy May
KUALA LUMPUR: Aktivis haiwan yakin kejadian membabitkan beberapa ekor kucing yang ditemukan dalam keadaan ngeri dengan perut dibelah, kaki dipotong serta usus dikeluarkan di Universiti Malaya baru-baru ini mungkin dilakukan psikopat.
Rajesh Nagarajan berkata, berdasarkan laporan bedah siasat yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar adalah sesuatu yang mustahil perbuatan itu dilakukan binatang lain seperti anjing.
"Saya diberikan salinan X-Ray dan laporan perubatan kes kucing daripada doktor veterinar yang mana doktor berkenaan menyatakan dengan jelas kaki kucing itu dipotong. Adalah sesuatu yang mustahil anjing untuk memotong kaki kucing.
"Jadi saya yakin perbuatan ini dilakukan oleh manusia dan bukan binatang. Namun saya tidak menafikan ada beberapa ekor kucing membabitkan kes terbaru ini diserang anjing," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Rajesh yang juga seorang peguam berkata, berdasarkan kajian-kajian kriminologi yang pernah dijalankan, tindakan memotong kaki kucing itu hanya boleh dilakukan seorang yang mempunyai masalah mental.
Ini kerana menurut beliau, tahap psikologi mereka berlainan berbanding manusia biasa yang lain.
"Perkara yang kita lihat sebagai keji atau kejam, bagi mereka adalah sesuatu yang normal dan memberi kepuasan," ujarnya.
Justeru beliau berkata, perkara itu tidak boleh dipandang ringan, sebaliknya orang ramai seharusnya perlu berwaspada dengan perbuatan ini kerana perbuatan yang bermula dengan binatang-binatang kecil kemungkinan besar boleh berakhir dengan manusia.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan menerima laporan kejadian itu.
Terdahulu, tular di media sosial penemuan dua haiwan iaitu kucing dan anjing yang dipercayai dibunuh dengan cara sama iaitu perut dibelah serta usus dikeluarkan.
Berdasarkan hantaran di media sosial, dianggarkan ada sekurang-kurangnya dua orang yang melakukan jenayah itu, supaya mereka dapat melakukannya dengan bersih dan tanpa disedari oleh sesiapa.
Kemungkinan ubat bius juga digunakan semasa melakukan jenayah itu bagi memastikan kucing dan anjing yang dipotong serta dikerat tidak mengeluarkan bunyi.
Topic Berkaitan
#universiti malaya
#doktor veterinar
#bedah siasat
#kucing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan