KUALA LUMPUR: Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Akalbudi (YAB) hanyalah 'boneka' dikawal oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pelantikan mereka hanya untuk memenuhi kerusi jawatan yayasan itu, Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata kesemua ahli lembaga pemegang amanah itu tidak membuat sebarang sumbangan dan semua arahan itu datang daripada Ahmad Zahid.
"YAB pada dasarnya adalah beliau (Ahmad Zahid) kerana beliau adalah penyumbang utama kepada yayasan itu. Pemegang amanah yang lain hanyalah boneka. Seolah-olah Samsuri (Samsuri Tun), Prof Zulkifli (Dr Zulkifli Senteri), Nabil (Muhammad Nabil Saleh) dan Datuk Khairuddin (Datuk Khairuddin Tarmizi) dilantik semata-mata untuk memenuhi kerusi (lembaga pemegang amanah).
"Ahmad Zahid adalah orang yang mengawal di belakang YAB dan di samping itu, beliau adalah penandatangan tunggal cek YAB. Tertuduh berada dalam kedudukan yang membolehkannya menggunakan dana yayasan, sesuai dengan kehendak dan keinginannya," hujah Raja Rozela di akhir kes pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah Ahmad Zahid.
Beliau menambah Ahmad Zahid juga mempunyai keupayaan untuk menentukan aliran masuk dan keluar dana YAB.
"Pendakwaan berhujah bahawa tertuduh sebenarnya telah menggunakan kuasanya apabila beliau secara tidak jujur menyalahgunakan dana YAB untuk kepentingan peribadinya," katanya.
Raja Rozela seterusnya berhujah bahawa pada 4 April 2012, Ahmad Zahid menjadikan dirinya penandatangan tunggal bagi akaun bank YAB.
"Resolusi itu ditandatangan tertuduh, Muhammad Nabil dan Khairuddin. Pertukaran penandatangan ini berkuat kuasa pada 20 Jun 2013, seperti yang dinyatakan dalam Borang Kemas kini Tandatangan," tambahnya.
Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 bagi pecah amanah jenayah, lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram membabitkan berpuluh-puluh juta ringgit milik YAB.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 12 2021
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghadiri prosiding hujahan di akhir kes pendakwaan bagi perbicaraan kesnya di Mahkamah Tinggi hari ini. - Foto BERNAMA
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
Pemegang amanah Yayasan Akalbudi hanya 'boneka', dikawal Zahid - Pendakwaan
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata kesemua ahli lembaga pemegang amanah itu tidak membuat sebarang sumbangan dan semua arahan itu datang daripada Ahmad Zahid.