TEMERLOH: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah pemeliharaan habitat hidupan liar perlu diperkasakan bagi mengelakkan spesies haiwan itu pupus.
Justeru, baginda bertitah usaha bersepadu melibatkan semua pihak perlu diwujudkan bagi memelihara hidupan liar termasuk Harimau Malaya.
"Usaha dari semua pihak termasuk dari pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan perlu diwujudkan segera bagi memelihara ikon negara ini dan juga semua hidupan liar lain agar tidak terus pupus...dan usaha ini perlu diteruskan dan menjadi keutamaan," titah baginda.
Seri Paduka bertitah demikian ketika Majlis Pemasyuran Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah dan penamaan semula Rizab Hidupan Liar Krau, sebagai Rizab Hidupan Liar Tengku Hassanal di Pusat Biodiversiti Lanchang di sini, hari ini.
Turut berangkat Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Hadir sama Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Datuk Seri Johari Harun serta Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman.
Baginda turut menyambut baik langkah kerajaan negeri yang mewartakan kawasan seluas 134,183 hektar tanah rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah secara berperingkat dan menzahirkan penghargaan atas usaha anakanda Tengku Hassanal yang berjuang mempertahankan Harimau Malaya dan alam sekitar.
"Saya akan lancar rizab yang besar atas nama saya dan anakanda, sepanjang saya jadi Tengku Mahkota 45 tahun tak ada usaha nak rizabkan satu kawasan besar atas nama Sultan atau Tengku Mahkota, ini adalah satu anjakan paradigma yang positif.
"Saya harap kawasan-kawasan diwartakan akan diselenggara sebaik mungkin, kita akan jadikan ini satu contoh pada dunia bagaimana kita pelihara alam sekitar, spesies Harimau Malaya dan hidupan lain," titah baginda.
Baginda turut menzahirkan harapan supaya kerajaan negeri akan menilai dan mengambil kira aspek alam sekitar sebelum meluluskan sebarang projek selain meningkatkan pendekatan pembangunan mampan.
Al-Sultan Abdullah turut mengimbau kenangan ketika berkesempatan membela dua ekor anak harimau dan anak gajah yang dikurniakan kepada baginda puluhan tahun yang lepas.
"Ini antara pengalaman saya iaitu bagi mandi dan bawa anak harimau dalam kereta... apabila besar penjaga pun harimau nak makan... jadi saya minta Perhilitan ambil," titah baginda.
Sementara itu Tengku Hassanal dalam ucapan baginda bertitah Rizab Hidupan Liar itu telah dibangunkan pada 1923 dengan tujuan utama melindungi kepelbagaian bio flora dan fauna.
"Dengan keluasan kira-kira 63,000 hektar, rizab ini menempatkan kira-kira 115 spesies mamalia, termasuk rusa sambar, harimau malaya, rusa menyalak, anjing liar, tapir, primat dan mamalia kecil seperti musang dan rusa," titah baginda.
Baginda bertitah rizab itu boleh dianggap sebagai makmal biologi hidup yang boleh dimanfaatkan bagi tujuan penyelidikan, pendidikan dan ekopelancongan.
Tengku Hassanal seterusnya menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri atas usaha gigih dalam memelihara dan melindungi hidupan liar, flora dan fauna di Pahang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 29 2023
Al-Sultan Abdullah berkenan hadir ke Majlis Pemasyuran Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah dan penamaan semula Rizab Hidupan Liar Krau, sebagai Rizab Hidupan Liar Tengku Hassanal di Pusat Biodiversiti Lanchang di sini, hari ini. - Bernama
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung titah adendum pengampunan Najib
Katanya, kenyataan media yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan olehnya.
Tahanan rumah: Najib mohon masukkan bukti baharu
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti baharu berhubung kewujudan titah adendum.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim
Jika penderaan terus berlaku, Sultan Ibrahim enggan nama baginda dikaitkan dengan universiti itu lagi selain Panglima dan komandan mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan.
Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao di Istana Negara.
Agong doakan keselamatan mangsa banjir
Yang di-Pertuan Agong menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas di tujuh negeri diberikan perlindungan, ketabahan serta kesabaran oleh Allah SWT.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.