awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin interim Venezuela pecat jeneral pengawal kehormat Maduro
Laut Utara paling panas dalam rekod pada 2025 - Agensi Jerman
Trump aktif bincang pembelian Greenland - White House
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemenang harap KPM tubuh Suruhanjaya Khas Pendidikan Negara atasi masalah buli

Bernama
Bernama
06/01/2026
21:30 MYT
Pemenang harap KPM tubuh Suruhanjaya Khas Pendidikan Negara atasi masalah buli
Kementerian Pendidikan diharapkan dapat menubuhkan sebuah Suruhanjaya Khas Pendidikan Negara, bagi mengkaji dan menyarankan langkah masalah buli serta jenayah dalam kalangan pelajar sekolah dan dalam premis sekolah, kata Mohd Yussof.
GEORGE TOWN: Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) berharap Kementerian Pendidikan (KPM) dapat menubuhkan sebuah Suruhanjaya Khas Pendidikan Negara, bagi mengkaji dan menyarankan langkah masalah buli serta jenayah dalam kalangan pelajar sekolah dan dalam premis sekolah.
Presidennya, Tan Sri Mohd Yussof Latiff berkata, KPM perlu menubuhkan suruhanjaya khas, yang dianggotai oleh tenaga pakar dan professional dalam pendidikan yang ramai dalam negara ini, supaya kajian menyeluruh serta data terperinci dapat dirancang dan dilaksanakan demi masa depan negara.
"KPM perlu memandang serius isu pelajar yang menjadi ganas dan membuli pelajar lain sehingga cedera dan ada yang maut, malah kejadian tersebut berlaku dalam premis sekolah yang seharusnya menjadi tempat paling selamat untuk anak-anak menuntut ilmu.
"Pemenang melahirkan kebimbangan ini, kerana ia akan memberi impak terhadap pembangunan modal insan negara dalam beberapa tahun akan datang," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, Pemenang dan Ikatan Kelab-kelab Melayu Pulau Pinang (IKATAN) dalam satu Konvesyen Pendidikan pada 6 Dis, telah merumuskan dua usul utama iaitu mengenai keselamatan anak-anak di sekolah dan prinsip Rukun Negara yang didapati tidak dihayati oleh golongan pelajar.
Mohd Yussof juga meminta KPM agar mengkaji semula pendidikan Sivik dengan mengkaji semula kaedah pedagogi terbaik untuk mengajar murid sekolah mengenai Rukun Negara, kerana prinsip Rukun Negara adalah roh kepada perpaduan kaum.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Persatuan Melayu Pulau Pinang
#Kementerian Pendidikan KPM
#masalah buli
#Suruhanjaya Khas Pendidikan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan