KUALA LUMPUR: Produksi muzikal yang memenangi lapan trofi di Anugerah Seni BOH Cameronian ke-16, OlaBola, kembali menemui peminat untuk satu musim terhad, November depan.
Dinamakan OlaBola: I Cover You 2022, ia merupakan versi berbeza dan lebih pendek berbanding versi penuh seperti yang dipersembahkan selama dua musim di Istana Budaya, beberapa tahun lalu.
Pengarah, Puan Sri Tiara Jacquelina berkata, pementasan kali ini mengambil inspirasi daripada jelajah pementasan OlaBola Merdeka di Pulau Pinang, Kuantan, Kota Kinabalu dan Kuching pada 2019.
“Sewaktu persembahan jelajah tahun 2019, kami menyaksikan reaksi yang sangat luar biasa daripada penonton.
"Dari bermulanya jelajah tersebut, ternyata tahap adrenalin, emosi dan keterujaan penonton di Malaysia terhadap bola sepak memang lain daripada yang lain," katanya dalam satu kenyataan.
Tiara juga melihat pementasan OlaBola kali ini sebagai petanda baik bagi industri seni kreatif yang suram susulan pandemik COVID-19.
“Kami sangat teruja dapat melakukan pementasan ini. Ia sebagai tanda sokongan dan meraikan pembukaan kembali industri teater tempatan.
"OlaBola merupakan sebuah produksi feel good yang saya pasti, bakal menaikkan lagi semangat semua yang terkesan dengan pandemik ini.
"Kami juga berharap ia dapat membantu sedikit sebanyak dari segi mewujudkan peluang pekerjaan, setelah tiga tahun industri ini menyepi," ujarnya lagi.
Musim terhad versi 90 minit kali ini akan menyaksikan kembalinya pelakon-pelakon dari pementasan muzikal asal iaitu Altimet yang membawakan watak Sarjan Ahmad, Brian Chan sebagai “Tauke” Chow Kwok Keong, Luqman Hafidz sebagai Ahmad Ali dan Lim Jian Wen sebagai Ong Tiam Chai.
Produksi di bawah Enfiniti ini diadaptasi dari filem dengan tajuk yang sama arahan Chiu Keng Guan terbitan Astro Shaw, Golden Screen Cinemas dan Multimedia Entertainment Sdn Bhd.
OlaBola: I Cover You 2022 akan dipentaskan dari 9 hingga 19 November 2022 di The Platform, Menara KEN TTDI.
Hanya 500 tiket tersedia bagi setiap persembahan dan peminat boleh mendapatkannya di laman web www.myticket.asia.
Madiha Abdullah
Sat Oct 08 2022
Pementasan kali ini mengambil inspirasi daripada jelajah pementasan OlaBola Merdeka pada 2019. - Enfiniti
Pameran alatan media lama, sejarah media Sarawak antara tarikan di HAWANA 2024
Antara bahan yang akan dipamerkan ialah peralatan media lama yang popular pada zamannya seperti kamera lama, radio lama, alat rakaman, kamera video.
Biden selar waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, menteri Israel
Biden turut menyifatkan permohonan pendakwa raya ICC untuk keluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Israel sebagai keterlaluan.
Pembatalan permit persembahan Sharul Channa ambil kira laporan polis video berkait isu 3R
Terdapat sejumlah laporan polis diterima berkait video lama oleh pelawak dari Singapura itu, yang dimuat naik semula baru-baru ini.
Lelaki rentung dalam kebakaran rumah flat di Damansara Damai
JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan kediaman mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada 8.58 malam tadi.
17 maut, 8 cedera kenderaan terjunam ke dalam gaung di Chhattisgarh, India
Pegawai berkata kenderaan pikap itu membawa 25 pekerja yang pulang selepas memetik daun tendu dari kawasan hutan.
Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz pada Selasa
Hosseini berkata jenazah Raisi dan mangsa-mangsa lain nahas helikopter itu disimpan di tanah perkuburan Tabriz pada Isnin malam.
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok
Menerusi TSB, pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air
Malaysia sedang teroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.
'Hidup ibarat maraton!' - Selepas cipta sejarah melalui Ola Bola, kini On Your Mark janjikan magis
Ini sentuhan magis daripada pengarah sama yang menghasilkan karya masterpiece Ola Bola dan The Journey.
Filem Ola Bola raih lebih RM12 juta dalam tempoh 18 hari!
Filem "OlaBola" terbitan Astro Shaw yang mula ditayangkan 28 Januari lalu masih meneruskan kejayaannya dengan mencatat kutipan melebihi 12 juta dalam tempoh 18 hari.
Filem OlaBola raih RM8 juta dalam tempoh 13 hari!
Filem "OlaBola" yang mula ditayangkan 28 Januari lalu menerusi 120 pawagam di seluruh negara dan Brunei, berjaya mengutip RM 8 juta dalam tempoh 13 hari.
Filem OlaBola raih RM2.5 juta empat hari tayangan
Selain kutipan yang memberangsangkan, filem arahan Chiu Keng Guan ini turut mendapat sokongan dan reaksi positif daripada semua rakyat Malaysia.
'OlaBola bukan sekadar filem bola sepak' - Pengarah
Chiu Keng Guan menyifatkan filem terbitan Astro Shaw itu memaparkan semangat kekitaan rakyat Malaysia.
'OlaBola' semarakkan kegemilangan bola sepak negara
Filem OlaBola yang dijangka ditayangkan kepada umum pada 28 Januari ini, merupakan sebuah filem yang mengangkat martabat bola sepak kebangsaan sekitar tahun 80-an.
Jerman-Portugal bakal sengit, Iran dijangka lepaskan 'underdog'
Perlawanan di antara dua pasukan hebat, Jerman dan Portugal bakal menyaksikan persembahan yang sengit. Namun perlawanan Ghana-Amerika Syarikat dan Iran-Nigeria dijangka seri.
#OlaBola: Siapa kata perempuan tidak minat bola?
Hashtags seperti #OlaBola, #WorldCup dan #WorldCup2014 sudah bermula menjadi trending di Malaysia sebelum bermulanya perlawanan pembukaan.