awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemergian Dr Jamaluddin satu kehilangan buat negara

Bernama
Bernama
06/04/2015
00:33 MYT
Pemergian Dr Jamaluddin satu kehilangan buat negara
Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang terbunuh dalam nahas helikopter petang semalam disifatkan sebagai pemimpin yang banyak berjasa kepada negara.
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar menyifatkan Allahyarham Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis yang terbunuh dalam nahas helikopter petang semalam sebagai pemimpin yang banyak berjasa kepada negara.
"Kemalangan ini sangat mengejutkan dan tidak diduga sama sekali. Saya menganggap kejadian ini sebagai takdir Allah SWT. Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham," kata Azlan.
Beliau ditemui selepas merasmikan penutupan Program Eksplorasi Kemahiran dan Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) Peringkat Zon Utara di Dewan 2020 di sini, pada Ahad.
Abdul Wahid pula menyampaikan ucaptama program itu. Azlan turut mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman.
Sementara itu Abdul Wahid berkata kali terakhir beliau bercakap dengan Allahyarham melalui telefon pada pukul 2.40 petang Sabtu.
"Kami bekerjasama rapat dalam JPM (Jabatan Perdana Menteri) dan kerap berbincang dalam perkara yang ada kepentingan negara. Allahyarham adalah insan yang berjasa kepada negara dan kematiannya merupakan kehilangan kepada kerajaan dan negara," kata Abdul Wahid.
Helikopter yang dinaiki Allahyarham Jamaluddin meletup di udara sebelum terhempas di Kampung Sungai Pening, Semenyih, Hulu Langat, Selangor kira-kira pukul 4.55 petang semalam, mengorbankan enam orang.
Lima lagi yang terkorban ialah Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri, Datuk Azlin Alias; ahli perniagaan, Datuk Tan Huat Seang; juruterbang helikopter, Kapten Clifford Fournier; pengawal peribadi Jamaluddin, Razakan B Seran dan pembantu operasi, Aidana Baizieva.
Topic Berkaitan
#Abdul Wahid Omar
#Azlan Man
#Jamaluddin Jarjis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan