ENTERTAINMENT
Pemergian Rohana Jalil: "Dia isteri yang teramat baik" - Jahangir Khan

Upacara pengebumian di Subang Jaya itu dihadiri lebih 100 orang terdiri dalam kalangan keluarga, sahabat dan peminat Allahyarham. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
SUBANG JAYA: Insan paling terkesan dengan pemergian Dara Abdul Jalil atau Rohana Jalil, tentunya Jahangir Khan, suami arwah yang 40 tahun hidup bersama Allahyarham.
Beliau yang reda dengan ketentuan Ilahi, kelihatan tenang ketika di tanah perkuburan dan lega apabila semua urusan pengebumian penyanyi legenda itu sudah selesai tengah hari tadi.
Ketika ditanya kenangan bersama arwah, tidak banyak diceritakan kerana kenangannya terlalu banyak, tidak mampu nak diceritakan.
Namun bagi bapa kepada tiga anak itu, Rohana adalah isteri yang “teramat baik” buatnya.

Jahangir Khan reda dengan ketentuan Ilahi dan menganggap arwah Rohana adalah isteri yang terbaik buatnya.
“Saya baik, dia pun baik, sama-sama baik, itu sebab kita boleh hidup sampai 40 tahun, bersama, tanpa masalah, tanpa gosip kan?
“Selamat semuanya, Alhamdulillah,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam USJ22 di Subang Jaya selepas selesai pengebumian pada Rabu.
Selain Jahangir, antara yang turut terkesan adalah anak bongsunya, Syakila Nisha atau Kilafairy dan rakan baik arwah, Jaafar Onn.
Bagi Kilafairy, dia akan sentiasa sematkan pesanan arwah ‘mama’nya itu yang selalu mengingatkan agar banyak memberi, terutamanya kepada keluarga.

Kilafairy akan sentiasa ingat pesan arwah 'mamanya', sentiasa memberi terutamanya kepada keluarga terdekat.
“Dia memang fighter. Mungkin satu benda yang Kila tak nak putus adalah muzik, nyanyian dia.
“InsyaAllah kalau ada rezeki Kila di situ, memang Kila akan teruskan legasi mama,” katanya.
Bagi Jaafar Onn pula, dia kehilangan seorang kawan sejati kerana menurutnya, kawan boleh ada ramai namun tidak ramai yang tahu siapa dirinya, luar dan dalam.

Jaafar Onn kehilangan seorang kawan sejati kerana menurutnya, kawan boleh ada ramai namun tidak ramai yang tahu siapa dirinya, luar dan dalam.
“Setiap kali orang jemput saya, saya mesti kena menyanyi dengan dia, itu permintaan tuan rumah dan tuan rumah pun nak kita nyanyi lagi klasik, itu paling saya rindukan.
“Bila kita pergi buat show, di situlah kepuasan masa bersama…bila dapat menyanyikan lagu dengan baik dan orang menerima dengan baik.

Upacara pengebumian di Subang Jaya itu dihadiri lebih 100 orang terdiri dalam kalangan keluarga, sahabat dan peminat Allahyarham.
Rohana meninggalkan suami, Jahangir Khan dan tiga anak perempuan.
Upacara pengebumian di Subang Jaya itu dihadiri lebih 100 orang terdiri dalam kalangan keluarga, sahabat dan peminat Allahyarham.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 68 tahun di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 11.33 malam tadi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami