KUALA LUMPUR: Pemeriksaan datang bulan yang berlaku di sekolah-sekolah awam di Malaysia merupakan pelanggaran terhadap hak kanak-kanak dan menyalahi undang-undang.
Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Profesor Datuk Noor Aziah Mohd Awal, berkata wujud unsur-unsur gangguan dan penderaan seksual ketika melakukan perbuatan tersebut, justeru guru yang terbabit perlu didakwa.
“Selaras dengan Perkara 28 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (UNCRC) yang telah diratifikasi oleh Malaysia pada tahun 1995, adalah wajib untuk memastikan sekolah melaksanakan disiplin selaras dengan hak dan kemuliaan kanak-kanak.
“Di bawah Konvensyen yang sama, Perkara 16, 19 dan 36 masing-masing menyatakan bahawa kanak-kanak mempunyai hak untuk privasi, perlindungan daripada penyalahgunaan, keganasan, dan pengabaian dan perlindungan daripada segala bentuk eksploitasi lain yang merangkumi eksploitasi seksual dan gangguan seksual,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Noor Aziah berkata, Suhakam mengingatkan Kementerian Pendidikan Malaysia tentang tanggungjawabnya untuk melindungi semua kanak-kanak atau pelajar dari segala bentuk gangguan dan eksploitasi seksual, sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 34 CRC.
Katanya, kementerian diminta untuk mengambil tindakan tegas terhadap guru-guru dan pihak sekolah yang telah melanggar hak dan maruah kanak-kanak sebelum ini.
“Guru yang telah melakukan perbuatan tersebut hendaklah didakwa di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 atau Akta Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.
“Garis panduan mendisplinkan pelajar yang lebih jelas mesti diperkenalkan untuk memastikan tindakan guru yang menyalahguna kuasa tidak berulang,” jelasnya.
Ujar Noor Aziah, semua guru seringkali diingatkan akan tugas mereka sebagai pendidik, dan mereka tidak boleh memberi layanan buruk dan mengganggu pelajar semasa proses pembelajaran dan pengajaran.
BACA: 'Pemeriksaan datang bulan' tidak sepatutnya berlaku - Rina
“Amat penting bagi Malaysia untuk mewujudkan dan memastikan persekitaran yang lebih selamat untuk generasi masa hadapan kita.
“Suhakam menyeru semua kementerian dan pihak berkepentingan, termasuk ibu bapa dan guru untuk bersama-sama memastikan semua sekolah dan sekolah berasrama penuh seumpamanya, menjadi tempat yang selamat untuk kanak-kanak pada setiap masa,” katanya.
Astro Awani
Fri Apr 23 2021
Noor Aziah berkata, Suhakam mengingatkan KPM tentang tanggungjawabnya untuk melindungi semua kanak-kanak atau pelajar dari segala bentuk gangguan dan eksploitasi seksual, sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 34 CRC. - Gambar fail
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Thailand, New Zealand tingkat hubungan dua hala
Thailand dan New Zealand bersetuju meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik menjelang 2026.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Dewan Negara luluskan tiga rang undang-undang hari ini
Rang undang-undang bagi meminda Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) 1999 diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
Hak kewarganegaraan: Berilah keadilan kepada kanak-kanak
Noor Aziah harap kerajaan menangguhkan perkara-perkara yang melibatkan anak angkat atau anak tidak sah taraf demi keadilan kanak-kanak tersebut.
Mesyuarat bincang implementasi klausa Seksyen 19 Akta 792
Satu mesyuarat telah diadakan hari ini bagi membincangkan strategi implementasi klausa berkaitan Seksyen 19 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] secara menyeluruh.
Jadikan Suruhanjaya Kanak-Kanak sebagai hadiah sempena Hari Malaysia - OCC Suhakam
Pejabat Pesuruhjaya Kanak-Kanak (OCC) Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia SUHAKAM merayu supaya Suruhanjaya Kanak-Kanak dijadikan sebagai hadiah kepada semua kanak-kanak di Malaysia sempena meraika
Kertas Putih Kesihatan dibentang di Dewan Rakyat hari ini
Kertas Putih itu dijadual dikemukakan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa selepas berakhirnya sesi perbahasan dan penggulungan.
Farah Nini dilantik Pesuruhjaya Kanak-Kanak
Farah Nini mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang hak asasi manusia dan undang-undang berhubung kanak-kanak.
Langkah positif Suruhanjaya Kanak-kanak sebagai badan berkanun bebas
Rahmat berkata, penubuhan suruhanjaya ini adalah langkah yang betul dengan kedudukan Malaysia sebagai Negara Pihak kepada CRC.
Pesuruhjaya Kanak-kanak pastikan hak, kebajikan mereka terjamin
Fungsi jawatan Pesuruhjaya Kanak-Kanak ialah memastikan sebarang pencabulan hak kanak-kanak diambil tindakan segera.
Pesuruhajaya Kanak-Kanak dilantik anggotai Suhakam - PM Anwar
Pesuruhjaya Kanak-Kanak dilantik menganggotai Suhakam berkuat kuasa serta-merta dalam usaha menangani masalah penderaan dan sosial melibatkan kanak-kanak, kata Perdana Menteri.
JKM kendali 5,572 kes dera dan pengabaian kanak-kanak sehingga November 2022 - Nancy
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui JKM mengendalikan sebanyak 5,572 kes penderaan dan pengabaian melibatkan penderaan fizikal, seksual, emosi dan pengabaian kanak-kanak.