awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemerintah kenakan GST hukumnya harus - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa

Hafiz Marzukhi
Hafiz Marzukhi
20/04/2015
06:25 MYT
Pemerintah kenakan GST hukumnya harus - Muzakarah Jawatankuasa Fatwa
ABDUL SHUKOR: Tiada salahnya mengenakan GST sekiranya pelaksanaannya berlandaskan hukum syarak.
Hukum bagi pemerintah untuk mengutip cukai seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah harus.
Walau bagaimanapun, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada Oktober tahun lepas menyatakan hukumnya harus selagi terdapat keperluan untuk negara dan rakyat.
Pengerusinya, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata tiada salahnya mengenakan GST sekiranya pelaksanaannya berlandaskan hukum syarak.
"Selagi kerajaan komited dalam melaksanakan syariat Islam dan memastikan cukai yang dikutip adalah untuk kebaikan negara dan rakyat, GST boleh dikenakan," kata beliau.
Mengenai pandangan sesetengah pihak yang menyatakan bahawa keputusan ini bercanggah dengan Islam, Abdul Shukor berkata pandangan tersebut adalah tidak tepat.
"Sekiranya keputusan Muzakarah diteliti, maka jelas keputusan yang dibuat telah diikat dengan parameter syarak untuk memastikan perlaksanaannya adil," tegas Abdul Shukor dalam sidang media di Bangunan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Putrajaya tengah hari tadi.
Sebelum ini, Dewan Ulama Pas mencabar fatwa yang mengharuskan tindakan kerajaan dalam melaksanakan GST, selain menyifatkan hukum pelaksanaannya sebagai haram.
Ketua Penerangannya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri dilaporkan berkata, selagi sistem GST tidak membezakan antara golongan kaya dan miskin, ia bercanggah dengan ajaran Islam.
Beliau turut mengakui GST adalah sistem percukaian terbaik tetapi tidak menepati syarak jika dikenakan kepada semua golongan.
Topic Berkaitan
#Abdul Shukor Husin
#cukai barangan dan perkhidmatan
#GST
#JAKIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan