Seorang lelaki yang bimbang tentang keselamatan dirinya tampil membuat laporan polis selepas berlaku pertikaman lidah antara beliau dan salah seorang calon bertanding dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Sarikei pada Ahad.
Lelaki berusia 61 tahun yang juga merupakan calon bertanding dalam pemilihan parti di cabang tersebut membuat laporan di Balai Polis Sarikei pada 11.22 pagi.
Ketua Polis Daerah Sarikei, Supt Awang Arfian Awang Bujang yang mengesahkan laporan itu dibuat, berkata sebelum itu lelaki berkenaan menasihati seorang calon berusia 72 tahun untuk mematuhi peraturan pemilihan parti tetapi tidak dihiraukan, sebaliknya beliau dihamburkan dengan kata-kata kesat.
"Kejadian tersebut berlaku di pusat pengundian di Jalan Layang-Layang sekitar 10.50 pagi, namun berjaya dikawal polis," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Berikutan kejadian itu, beliau berkata rakan pengadu memberitahu bahawa lelaki tersebut mengugut memanggil kumpulan samseng untuk memukul dan membunuh mangsa.
"Pengadu berasa amat takut akan keselamatannya dan membuat laporan untuk tindakan pihak polis," katanya.
Beliau berkata kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Pemilihan PKR Cabang Sarikei menyaksikan bekas Anggota Parlimen (MP) Julau Datuk Sng Chee Hua yang juga bapa kepada MP Julau Larry Sng Wei Shien, memenangi jawatan Ketua Cabang selepas menewaskan pencabarnya Wong Ching Tung, dengan meraih 185 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 11 2018
Polis berkata, kejadian berlaku di pusat pengundian PKR di Jalan Layang-Layang sekitar jam 10.50 pagi. - Gambar hiasan
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Pemilihan PKR: Lelaki dakwa diugut buat laporan polis
Lelaki berusia 61 tahun yang juga merupakan calon bertanding dalam pemilihan parti di cabang tersebut membuat laporan di Balai Polis Sarikei pada 11.22 pagi.