awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilihan UMNO: Wan Rosdy, Khaled, Johari dahului persaingan Naib Presiden

Hakim Rahman
Hakim Rahman
18/03/2023
14:05 MYT
Pemilihan UMNO: Wan Rosdy, Khaled, Johari dahului persaingan Naib Presiden
Persaingan bagi merebut tiga jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti bagi sesi 2023-2026 dilihat semakin sengit ketika ini.
KUALA LUMPUR: Persaingan bagi merebut tiga jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti bagi sesi 2023-2026 dilihat semakin sengit ketika ini.
Keputusan tidak rasmi yang dipaparkan menerusi papan markah di Auditorium Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia (WTC) menyaksikan lapan calon yang bertanding bertukar-tukar kedudukan bagi tiga tangga teratas.
Setakat jam 10.00 malam, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, terus mendahului kedudukan teratas pada pemilihan parti itu dengan mendapat 52 undi diikuti Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dengan 51 undi.
Manakala Ahli Parlimen Titiwangsa yang juga bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, di kedudukan ketiga dengan 38 undi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said dengan 29 undi diikuti bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mendapat 24 undi setakat ini.
Ahli Parlimen Simpang Renggam yang juga bekas Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad memperoleh 15 undi manakala penyandang Naib Presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid mendapat 10 undi.
Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO pula tidak dipertandingkan kali ini susulan ketetapan yang diputuskan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 lalu.
Keputusan rasmi pemilihan akan diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU), Tan Sri Shahrir Samad selepas selesai proses perkiraan undi dan penelitian dijalankan.
Topic Berkaitan
#Pemilihan UMNO
#Naib Presiden UMNO
#Wan Rosdy Wan Ismail
#Mohamed Khaled Nordin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan