awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemilik AI Pin diarah henti guna pengecas kerana risiko terbakar

Amanz
Amanz
06/06/2024
03:30 MYT
Pemilik AI Pin diarah henti guna pengecas kerana risiko terbakar
Humane dilapor menghubungi pemilik untuk berhenti menggunakan Charge Case Accessory kerana risiko kebakaran. - Foto Amanz
HUMANE AI Pin ialah “pin pintar” pertama dipasarkan dengan ia menjanjikan sebuah pembantu maya yang benar-benar bijak sehingga anda tidak lagi memerlukan sebuah telefon pintar.
Tetapi realitinya perisian yang digunakan tidak sebaik yang diiklankan dan lebih tragis hayat baterinya pula hanya beberapa jam.
Oleh itu apabila Humane mengarahkan pemilik AI Pin untuk berhenti menggunakan kerangka pengecas bateri, ia menimbulkan satu lagi masalah besar kepada syarikat.
Menurut laporan The Verge, Humane menghubungi pemilik untuk berhenti menggunakan Charge Case Accessory yang boleh mengecas AI Pin apabila disimpan di dalamnya kerana risiko kebakaran.
Isu ini hanya melibatkan Charge Case Accessory sahaja, maka Battery Booster dan Charge Pad yang turut diberikan dengan setiap pembelian masih selamat digunakan.
Mereka kini sedang dalam proses mencari vendor baharu untuk mengeluarkan kerangka pengecas yang lebih selamat digunakan.
Kerana AI Pin tidak mencapai sasaran jualan, Humane dilaporkan sedang mencari pembeli dengan syarikat dinilaikan sekitar $1 bilion.
Masa depan AI Pin dan Rabbit R1 nampak kelam tahun ini kerana OpenAI, Google dan Apple akan melancarkan produk AI mereka sendiri dalam masa terdekat dengan perisian yang lebih baik.
Topic Berkaitan
#pengecas
#Humane AI Pin
#jangka hayat bateri
#risiko terbakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan