SEREMBAN: Seorang pemilik kafe di Bahau, Jempol dikompaun RM10,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), petang semalam.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata pemilik kafe berusia 60 tahun itu didapati tidak menyediakan imbasan kod QR MySejahtera untuk daftar masuk (check-in) atau buku pendaftaran kehadiran pelanggan secara manual di premis berkenaan.
"Kafe itu juga tidak menyediakan peralatan saringan suhu dan 'hand sanitizer' ketika pemeriksaan dilakukan pada 6.30 petang semalam. Kompaun tersebut dikeluarkan mengikut Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam perkembangan lain, Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata 12 individu termasuk seorang warga Indonesia dikenakan kompaun antara RM1,500 hingga RM4,000 setiap seorang atas pelbagai kesalahan melanggar SOP ketika berkumpul menunaikan solat secara berjemaah di sebuah premis di Nilai.
Serbuan dilakukan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) di premis berkenaan pada pukul 1.30 tengah hari semalam.
Jelasnya, kesemua 12 lelaki itu didapati tidak memakai pelitup muka serta gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk (check-in) di premis atau menulis secara manual dan kesemua mereka dikompaun di bawah Peraturan 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 22 2021

12 individu termasuk seorang warga Indonesia dikenakan kompaun antara RM1,500 hingga RM4,000 setiap seorang atas pelbagai kesalahan melanggar SOP. - Foto BERNAMA
Kanada mahu Trump henti kenyataan 'tidak menghormati'
Kanada minta Presiden A.S Donald Trump henti kenyataan tidak menghormati terhadap negara itu.
Trump, Putin akan bincang tamatkan perang
Donald Trump dan Vladimir Putin akan berbincang terma yang boleh tamatkan perang di Ukraine
Trump ancam Iran jika Houthi terus menyerang
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump beri amaran akan kenakan tindakan tegas terhadap Iran jika Houthi yang disokong Tehran terus lancarkan serangan di Yaman dan Laut Merah
Amalkan sikap tabayyun demi keharmonian masyarakat - Mohd Na'im
Umat Islam diseru untuk mengamalkan sikap sabar, berfikiran terbuka, dan menyelesaikan perbezaan dengan hikmah.
Perkara itu ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Perkara itu ditegaskan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Penduduk tuntut keadilan 59 mangsa kebakaran kelab malam
Penduduk di Macedonia Utara protes tuntut keadilan terhadap mangsa kebakaran kelab malam yang mengorbankan 59 nyawa.
Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir ucapan salam Nuzul Quran
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bertitah hari Nuzul Quran adalah untuk seluruh umat Islam peringati peristiwa agung turunnya wahyu pertama.
Selain ucapan selamat menyambut Hari Nuzul Quran kepada seluruh umat Islam, khususnya rakyat Pahang dizahirkan, kedua baginda turut menekankan pentingnya mendalami dan menghayati kandungan Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Selain ucapan selamat menyambut Hari Nuzul Quran kepada seluruh umat Islam, khususnya rakyat Pahang dizahirkan, kedua baginda turut menekankan pentingnya mendalami dan menghayati kandungan Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Ainon setuju turunkan hantaran hina Nabi, sedia mohon maaf - JAKIM
Pemilik akaun Facebook Ainon Mohd bersetuju turunkan hantaran menghina Nabi Muhammad SAW selepas pertemuan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Pertemuan ini turut disertai pegawai dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Mufti Negeri Selangor.
JAKIM menegur dan menggesa pemilik akaun untuk menurunkan hantaran tersebut serta menasihatinya agar lebih berhati-hati dalam memuat naik kandungan berunsur Islam.
Pertemuan ini turut disertai pegawai dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Jabatan Mufti Negeri Selangor.
JAKIM menegur dan menggesa pemilik akaun untuk menurunkan hantaran tersebut serta menasihatinya agar lebih berhati-hati dalam memuat naik kandungan berunsur Islam.

Presiden Xi Jinping akan kunjungi Amerika dalam masa terdekat, kata Trump
Lawatan Jinping di tengah-tengah ketegangan perdagangan yang semakin meningkat antara dua ekonomi terbesar dunia akibat tarif yang dikenakan oleh Trump.
DAP kekal status quo, tiada perubahan kabinet
Anthony Loke menegaskan tiada perubahan dalam kabinet kerajaan perpaduan susulan pemilihan CEC DAP, kecuali jika Perdana Menteri memutuskan sebaliknya.
UiTM lantik Azam Baki sebagai Profesor Adjung
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, dilantik sebagai Profesor Adjung di UiTM bagi memperkukuh penyelidikan jenayah kewangan, pencegahan rasuah, dan tadbir urus integriti menerusi pengalaman lebih 40 tahun dalam perkhidmatan.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 9 Mac 2025.

Jepun alami kekurangan pekerja sepenuh masa paling serius sejak COVID-19
Firma di Jepun kini menghadapi kekurangan pekerja sepenuh masa paling ketara sejak pandemik COVID-19, dengan lebih separuh daripada firma yang disoal selidik melaporkan kekurangan tenaga kerja.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.