PETALING JAYA: Pemilik sebuah kenderaan jenis kargo am didenda RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas kesalahan melepaskan asap hitam melebihi had ketumpatan yang dibenarkan.
Hakim Jamaludin Mat menjatuhkan hukuman itu terhadap pemilik tunggal kenderaan tersebut yang hadir selaku orang kena saman (OKS) setelah mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu.
Menurut pertuduhan, pada 31 Oktober 2019 di Plaza Tol Sunway, Lebuhraya Kesas, pemilik kenderaan didapati telah melepaskan pencemaran ke udara iaitu asap hitam daripada paip ekzos kenderaan dengan ketumpatan sebanyak 99.9 peratus.
Kadar itu melebihi had ketumpatan maksimum asap yang dibenarkan iaitu sebanyak 50 peratus di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.
BACA: Pemilik kenderaan didenda RM60,000, lepas asap hitam lebih had
OKS didapati telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 22(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(3) akta yang sama.
Mengikut akta itu, pelaku boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, JAS akan mengambil tindakan tegas tanpa kompromi kepada penjenayah alam sekitar.
"Saya juga ingin berterima kasih kepada orang awam yang membantu memberi maklumat tentang aktiviti-aktiviti yang mencemarkan alam sekitar.
"Saya menyeru orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emel ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my," katanya.
Sinar Harian
Wed Mar 17 2021
Pemilik kenderaan didapati telah melepaskan pencemaran ke udara iaitu asap hitam daripada paip ekzos kenderaan dengan ketumpatan sebanyak 99.9 peratus. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Mekanik maut dirempuh tayar treler tercabut
Seorang mekanik maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh tayar belakang sebuah treler muatan balak yang tercabut, di Kilometer 48 Jalan Temerloh-Bandar Jengka/Jerantut di Maran dekat sini
Lelaki maut setelah motosikal berkuasa tinggi rempuh lori di Simpang Pulai
Mangsa yang menaiki motosikal berkuasa tinggi sedang dalam perjalanan ke Cameron Highland tersepit di bawah tayar lori berkenaan dan disahkan maut di tempat kejadian.
Buruh direman tujuh hari, bantu siasatan kes kemalangan maut depan sekolah
Pendaftar Mahkamah Sesyen Kajang Sharifah Fazilah Zulkifli mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan polis untuk menahan reman lelaki berumur 39 tahun itu.
Lima lelaki maut dalam satu kemalangan di beluran
Lima lelaki, termasuk dua beradik, maut dalam satu kemalangan selepas kenderaan yang mereka naiki bertembung sebuah lori ikan di Jalan Nangoh Paitan, Beluran pada Isnin.